Tips

Tiba Masanya Ucap Selamat Tinggal Pada Kerja Bila Kamu Rasakan “Ini”…

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tiba Masanya Ucap Selamat Tinggal Pada Kerja Bila Kamu Rasakan “Ini”…

Siapa pernah seperti ini – dahulu selalu seronok malahan tidak sabar-sabar menunggu waktu untuk ke pejabat, namun kini semuanya berubah, tidak teruja, rasa bosan, penat, menghitung waktu ke angka enam?

IKLAN

Apabila kita memilih kerja, perkara yang perlu kita titik beratkan ialah syarikat tempat kita bekerja kerana keseronokan kita bekerja seharusnya menjadi perkara utama dan menjana keikhlasan kita bekerja. Apabila kita ikhlas dan seronok dengan kerja kita, hasilnya juga pasti cemerlang dan membanggakan. Tapi jika kamu merasakan “ini” maka sudah tiba masanya kamu ucapkan Selamat Tinggal…

Tidak Menjadi Diri Sendiri

Kita dinasihatkan untuk berhenti kerja jika di pejabat kita tidak menjadi diri kita sendiri. Karakter kita berubah dan kita sentiasa merasakan seperti sesuatu yang tidak kena pada diri kita. Malahan teman-teman sekerja juga seakan terkejut dan pelik melihat watak kita yang seringkali berubah-ubah.

Foto – nypost.com

Fizikal dan Mental Terjejas

Berhentilah sekiranya kita sering berasa tertekan, runsing, tidak seronok dan sentiasa risau. Jika kita sering berasa sedemikian, itu tandanya bidang dan suasana tempat kerja kita amat tidak sesuai dengan diri kita. Malahan lebih teruk lagi jika ruam-ruam mula tumbuh dan rambut semakin menipis kesan daripapada tekanan yang kita alami.

Berasa Terpaksa

Setiap kali diminta melakukan tugasan kita menunaikannya tanpa rasa ikhlas dan buat ala kadar sahaja, asalkan kerja kita siap. Bila kita diminta kerja lebih masa, mulalah muka masam mencuka. Lebih teruk lagi jika kita mula susah bangun pagi dan berasa sangat berat hati untuk ke pejabat.

Giphy

Kenapa perlu kekal di tempat sekarang jika kamu sudah merasa jemu dan penat. Nak bekerja kena hati ikhlas tapi kalau kamu terpaksa dan tidak seronok, maka lebih baik lepaskan diri. Ingat kalau ada rezeki tidak ke mana… Insyallah!