Si cantik Bae Suzy trending lagi di Twitter!
Hal ini selepas dia membuat kemunculan di pelancaran Lancome, Seoul.
Aktres 20-an ini debut dengan warna rambut baru yang jarang dilakukannya selama ini, bukan biasa-biasa tapi warna merah wine.
Suzy tampil dalam blazer hitam yang dipakai sebagai dress, pasangkan bersama stiletto dan aksesori emas. Walaupun serba ringkas tetapi warna rambutnya membuatkan dia tampak menawan dan makin tambah berseri. Suzy juga menunjukkan dirinya jauh lebih matang dan elegan, jadi tidak hairan penampilannya malam itu berjaya menjadi tumpuan.
Yang pasti, para netizen dan peminat naik gila melihat penampilan barunya, sampaikan ada yang mendakwa Suzy sesuai untuk peranan Ariel. No wonder dia menjadi kesayangan rakyat Korea❤
Suzy jarang warnakan rambut yang menyerlah sebegini.