Babel merupakan kelab kesihatan yang ikonik dan eksklusif, ia menawarkan kepada rakyat Malaysia perkhidmatan kesihatan dengan akses kualiti premium pada harga yang berpatutan. Babel telah membuka fasiliti gimnasiumnya yang keduanya di Suria KLCC.
Kelab kesihatan Babel yang terletak di bahagian Ramlee Mall, diantara De Beers dan Chanel ini sangat besar. Ia memiliki dua tingkat iaitu Ground Floor dan First Floor dengan keluasan 15,000 kaki persegi.
Menariknya di Babel menggunakan alatan gym yang berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Technogym Artis Line, di mana pelanggan dapat merasai pengalaman dengan data tracking yang tepat dengan menggunakan peralatan gym di Babel.
Tambahan lagi pelanggan juga akan ditawarkan dengan aplikasi MyWellness App apabila mendaftar. Dengan aplikasi yang dipakai dipergelangan tangan tersebut, anda dapat menggunakan mana-mana unit mesin teknologi disamping menyimpan segala maklumat kesihatan peribadi.
Pengasas Babel, Tan Boon Yao menyatakan tentang pembukaan gym kesihatan ikonik
Sebagai syarikat Malaysia, kami mengambil klu menerusi kepelbagaian bentuk masyarakat. Babel memahami dan mencari keunikan bagi memenuhi kehendak setiap pelanggan. Kami hanya berkolaborai dengan rakan kongsi yang berkongsi minat yang sama. – Pengasas Babel, Tan Boon Yao
Menariknya di Babel memiliki kelas-kelas dan pelatih peribadi yang tersendiri dan pelanggan akan diselia dengan pelatih professional yang memiliki sijil PTA, serta menawarkan latihan dengan kajian saintifik. Selain tiu, pelanggan yang berminat untuk melangsung kerjaya sebagai pelatih peribadi amat dialu-alukan untuk menyertai Babel Training Academy.
Di sana pelatih yang memasuki akademik akan memiliki sijil PTA daripada Babel. Ianya sekaligus membuka pintu kerjaya buat anda yang sedang mencari pekerjaan.
Bagi yang ingin mencari tempat yang dapat memberikan anda rasa tenang, kesihatan dan dalam masa yang sama dapat berhibur, Babel merupakan pusat gym yang dapat menawarkan persekitaran yang unik ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Babel anda boleh melawati laman sesawang rasmi Babel [SINI] atau lihat akaun Facebook [SINI] dan Instagram [SINI] bagi melihat sendiri maklumat-maklumat terkini!