Luxottica menampilkan pelbagai koleksi kaca mata yang funky dan pelik yang mana pastinya akan membuatkan anda berasa unik dan geram melihat reka bentuknya! Konsep reka bentuk kaca mata yang pelik, stailo dan cool ini akan menbuatkan si pemakai tampil menyerlah di hadapan khalayak ramai!
Rekaan unik kaca mata sebegini di lihat menjadi gilaan ramai dan trendy di jalanan. Luxottica kini menampilkan empat pilihan jenama popular dengan rekaan pelik dan unik iaitu Ray-Ban, Emporio Armani, Coach, Burberry dan Prada.
Funky & Odd Shaped Optical Frame
Luxottica bagi koleksi Funky & Odd Shape Optical Frame memiliki lima jenis bentuk bingkai yang pelik dan funky dengan cermin kaca mata optik.
Ray-Ban menawarkan sudut kontemporari dengan bentuk cermin optikal berbentuk hexagon dan bingkai metal yang ringan. Manakala Coach menampilkan bentuk feminin dengan bentuk cermin optik seperti mata kucing. Manakala bagi bingkainya pula, ia memiliki bentuk curve tiga dimensi dengan warna Tea Rose yang cantik.
Emporio Armani pula menampilkan cermin optikal yang ringan dan dibahagian bingkai pula digilap dengan emas yang oversize, memberikan aura cool dan geek!
Prada Journal menonjolkan karakteristik yang unik dengan bingkainya yang berbentuk bulat dan tebal. Manakala bagi koleksi Prada Maquillage pula menampilkan bentuk bingkai dengan rekaan irregular dan tirus.
Funky & Odd Shape Sunglasses
Bagi koleksi Funky & Odd Shape Sunglasses pula, menampilkan rekaan cermin mata dengan gaya jalanan yang funky dan unik.
Burberry yang hadir dengan cermin mata dengan bingkai geometrik dengan gold-plated. Manakala Emporio Armani pula di perbuat daripada metal secara keseluruhannya, ia menampilkan aura unik yang tersendiri.
Coach Tea Rose pula memiliki lensa cermin mata dan bingkai metal dengan warna teh rose. Tambahan lagi bentuk lensa yang berdimensi menambahkan keunikan yang tersendiri. Bagi cermin mata jenama Ray-Ban pula menampilkan rekaan dan aura retro era 70an dengan brim metal yang oversize yang berbentuk segi empat.
Bagi jenama Prada Disguise pula menampilkan bentuk cermin mata yang irregular dan feminin dengan sentuhan moden. Selain itu, rekaan geometrik dengan tona yang warna unik memberikan rasa funky. Tambahan lagi rekaan cermin mata yang berbentuk mata kucing ini memberikan aura bold dan cool kepada si pemakai.
Jangan tunggu lama-lama, dapatkan koleksi cermin mata funky dan pelik ini di Luxottica, rekaan yang eksklusif dan unik pastinya menepati citarasa anda yang inginkan aura bold, funky dengan sedikit sentuhan ala-ala geeky!