Sedangkan hubungan suami isteri boleh bercerai-berai, pertunangan boleh putus di tengah jalan, inikan pula persahabatan.
Adakalanya kerana salah faham antara anda dan kawan boleh bawa sehingga bermusuhan, perselisihan yang kecil menyebabkan ada jurang di antara berdua atau mungkin timbul perasaan cemburu.
Bagaimana kita mahu mengenal persahabatan yang mulai rapuh – rasa canggung bila bersama dengannya, rasa kelu setiap kali berada dalam satu kumpulan, anda buntu seribu bahasa bila berdua dengannya, anda sentiasa mahu mengelak berjumpa.
Anda mengalami persahabatan yang toksik, erti kata mudah anda mula menyimpan perasaan menyampah, meluat dan benci pada kawan sendiri.
Anda Cuba Mengelak Walaupun Ia Tidak Patut
Anda tidak fikir untuk teks mereka terlebih dahulu atau memulakan perbualan, bila di mana anda lebih senang berkata “let me check my schedule!” berbanding sebelum ini anda terus bersetuju bila diajak keluar.
- Foto – Gossips
Paling teruk anda terus off notification daripada kawan sendiri. Anda mula sedar sudah beberapa hari, minggu, kemudian bulan sejak anda benar-benar ingin menghabiskan masa dengannya.
Anda Mula Tidak Bersetuju Dengan Apa Sahaja Yang Dikatakan
Anda mencari apa sahaja peluang untuk membuktikan mereka salah, atau menunjukkan apa yang anda ingin katakan tetapi tidak miliki keberanian tersebut.
- Foto – View
Anda rasa meluat dengan mereka – apabila diabaikan sepenuhnya – ia hanya akan berkembang dan berkembang sehingga anda mengakui, sering dalam cara yang kurang jujur.
Anda Rasa Lebih Bimbang/Murung Daripada Gembira
Kalau dulu anda bukan main seronok menghabiskan masa bersama tapi kini sebaliknya. Anda keluh kesah, bimbang setiap kali bersama mereka, bukan apa, anda risau tentang perbuatan dan percakapan bila berdepan dengan mereka.
- Foto – She Knows
Apatah lagi bila anda bercakap di telefon, anda rasa murung, tidak senang, kecewa, tidak yakin kadangkala fakey setiap kali menamatkan perbualan.
Anda Menggigit Kuku, Buntu Kata Dan Menghindari Pandangan Mata
Anda rasa tidak puas hati terhadap mereka tetapi anda tidak terus meluru, anda hanya menggigit kuku, berdiam diri dan menghindari mata untuk mengelakkan kata-kata yang berpotensi menyakitkan.
- Foto – Live About
Bukannya anda mahu berkelakukan dengan cara yang berniat jahat, tetapi anda mahu mengambil masa sebelum perang meletus.
Segala Akses Komunikasi, Anda Hentikan
- Foto – Elite Daily
Pesanan ringkas, WhatsApp, Facebook, Instagram, Snapchat, semuanya sudah terhenti. Senang cerita anda biarkan persahabatan terlerai dengan begitu sahaja.
Anda Tidak Setuju Dengan Apa Sahaja Yang Dilakukan, Dan Tidak Boleh Jujur
Anda merasakan anda tidak boleh jujur, anda berada dalam keadaan bersalah, tidak mahu menipu diri sendiri, sentiasa berada di tengah-tengah dalam persahabatan.
- Foto – Girls Life
Jadi anda perlu memilih sama ada stay – dengan cara berdamai dan melupakan masalah yang berlaku atau tinggalkan dengan tidak lagi berkawan.
Tapi bukankah lebih baik kalau jujur, katakan segalanya yang terbuku di hati. Cuma selepas itu keadaan akan menjadi awkward.