Dekorasi

Dekorasi Ala Zen Beri Inspirasi Segar Buat Pencinta Ketenangan & Minimalis

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Dekorasi Ala Zen Beri Inspirasi Segar Buat Pencinta Ketenangan & Minimalis

Zen dalam bahasa Jepun bermaksud ketenangan yang ringkas disekeliling. Istilah zen ini merupakan fokus serta konsep utama rakyat Jepun dalam mendekorasi rumah kediaman mereka. Ini kerana istilah zen ini telah diguna pakai oleh tradisi tradisional di dalam budaya Jepun sejak beribu tahun yang lalu.

IKLAN

Justeru itu, tidak hairanlah jika kita melawat ke negara matahari terbit ini, kita dapat melihat bahawa rekaan dalaman serta dekorasi kediaman rumah di Jepun memiliki aspek ringkas, seimbang dan tenang.

Foto – Pinterest

Dan dekorasi berinspirasikan dari istilah Zen ini boleh diguna pakai dalam mencari dekorasi yang sesuai khas buat pencinta ketenangan dan minimalis. Dengan kesibukan kota yang kian meningkat di Malaysia ini, pastinya anda mahukan kediaman rumah yang mampu memberi ketenangan dan rasa nyaman bukan?

Nah, dengan mengikuti dekorasi berkonsepkan Zen ini pastinya dapat memberikan jawapan kepada anda yang sedang mencari ketenangan untuk mendeko kediaman rumah!

Elemen Semula Jadi Beri Nafas Segar

Foto – Pinterest

Rumah bukan sahaja dipandang sebagai tempat untuk berteduh tetapi ia adalah tempat paling penting buat diri. Ia merupakan istana terpenting untuk anda dan keluarga anda, oleh itu untuk menjadikan rumah kediaman sebagai tempat memberi ketenangan dan kebebasan.

Lengkapkan rumah anda dengan dekorasi bersumberkan alam semula jadi seperti anak pokok bunga orkid, bonzai, buluh atau apa-apa sahaja tumbuhan hijau. Tetapi ingat pilihan dekorasi haruslah ringkas, semula jadi dan hijau. “Keep it simple, okay!”

Wujudkan Suasana Ala Spa Dengan Bath Tub!

Foto – Pinterest

“Kenapa, tak percaya ke?”. Sebenarnya ianya tidak sukar untuk menjadikan bilik mandi anda ala-ala spa, dengan bath tub serta dinding bilik air yang menggunakan kayu menghasilkan suasana tenteram dan nyaman di bilik mandi anda.

Pasti anda tahu bahawa berendam di dalam bath tub di Jepun merupakan satu kemestian. Ofuro yang bermaksud mandi di dalam bahasa Jepun menunjukan tradisi rakyat Jepun untuk mandi dan berendam di dalam bath tub mereka.

Lagi satu, berendam dengan menggunakan air hangat di dalam bath tub dapat menguatkan tahap kesihatan juga!

IKLAN

Pintu Shoji Jimatkan Ruang

Foto – Pinterest

Shoji bermaksud skrin Jepun, ia merupakan elemen penting dalam dekorasi rumah di Jepun. Penggunaan pintu skrin atau sliding doors di Jepun adalah kerana kos perumahan yang terlalu mahal di sana.

Oleh itu, setiap ruang amat berharga buat masyarakat di Jepun dan dengan penggunaan pintu shoji ini, setiap ruang dapat di minimakan dengan hanya perlu pergerakan slide sahaja. Konsep dekorasi pintu sebegini, anda boleh guna pakai untuk sudut ruang tamu, ruang mainan, dapur, di balkoni atau mana-mana sudut yang anda rasakan perlu di kediaman rumah anda.

Genkan Entryway Gaya Jepun!

Foto – Niseko Projects

Genkan bermaksud entry dalam bahasa Jepun, genkan ini biasa di dapati di ke semua kediaman rumah di Jepun dan juga inn atau rumah penginapan di sana. Entryway ini cukup kemas dan bersih di mana di rak kasut berada di sebelah sudut ruang. Gaya dekorasi sebegini boleh digunakan baik untuk kediaman rumah yang kecil mahupun besar.

Tambahan lagi, selipar rumah pula disusun dengan rapi dan kemas di bahagian entry rumah. Gaya sebegini memberikan nafas segar dan menjadikan ahli rumah lebih berdisiplin dengan mengemas dan meletakan kasut di rak kasut yang disediakan.

Minimalis Kunci Pencinta Ketenangan

Foto – Decor Aid

Pencinta ketenangan pastinya akan terpaut kepada dekorasi jenis minimalis, ia juga menonjolkan aspek kebersihan dan rumah kediaman yang ringkas. Justeru itu, apabila anda ingin mendekorasi sama ada di ruang tamu, dapur atau pun bilik tidur, pastikan rekaan yang dipilih memenuhi citarasa dan dapat memberikan aura tenang dan nyaman kepada anda.

Pemilihan perabot moden atau gabungan elemen kayu semula jadi dapat menghasilkan konsep minimalis yang unik dan kontemporari di rumah.

Terdapat pelbagai idea serta sumber inspirasi yang boleh diguna pakai apabila anda ingin mendekorasi. Oleh itu, jadilah lebih kreatif dan dapatkan ketenangan yang anda ingini menerusi rekaan dekorasi yang anda pilih!