Kecantikan

M.A.C Love Me Lipstick Baharu, Pesona Keyakinan Wanita!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
M.A.C Love Me Lipstick Baharu, Pesona Keyakinan Wanita!

M.A.C jenama kosmetik yang tidak asing lagi di Malaysia, kini M.A.C meluaskan lagi produk kosmetik kecantikannya dengan ‘M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION’ koleksi gincu yang dikeluarkan oleh M.A.C kali ini bakal membuatkan wanita terpesona dengan warna-warna unik yang dihidangkan. Malah warna-warna gincu ini juga mampu membuat para wanita lebih berketerampilan dan kelihatan berkeyakinan!

IKLAN
Foto – M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Produk terbaru M.A.C Love Me Lipstick Collection ini dibuat untuk menyatakan rasa cinta dan hormat kepada diri anda. Gincu ini telah di formula dengan krim evolusi terkini dan menjadikannya sebuah gincu ikonik M.A.C matte.

Foto – M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Malah gincu ini juga mewakili keghairahan terhadap inovasi, aplikasi dan penggunaannya. Gincu ini memiliki tekstur yang lebih ringan dari udara yang mana ia memberikan keselesaan kepada si pemakai. Selain itu, Love Me Lipstick ini hadir dengan warna-warna terang dan memiliki kilauan lembut dan ia juga dapat memberikan kelembapan kepada bibir sepanjang hari dengan satu kali swipe! Hebat  betul.

Foto – M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Menariknya gincu ini dikaya dengan nutrisi ekstrak buah laici dan minyak argan yang mampu membekalkan bibir kekal lembap dan nutrisi. M.A.C Love Me Lipstick Collection ini didatangi dengan tiga jenis variasi yang menarik!

Shameless Nudes

Foto M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Bagi yang ingin mengekrpeskan diri dengan gaya ala-ala no filter, rangkaian warna dibawah shameless nudes ini sesuai untuk menampilkan diri anda yang aloof dan neutral!

  • Vanity Bonfire – vibrant hot pink
  • French Silk – light pinky nude
  • Daddy’s Girl – soft light pink
  • Tres Blase – light peachy beige
  • Under The Covers – dusty rose pink
  • As If I Care – deep mauvey pink
  • DGAF – chocolate
  • Coffee & CIGS -greyish brown

Powerful Reds

Foto – M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Jika anda ingin kelihatan bertenaga dan berkarisma, warna-warna variasi daripada powerful reds ini menjadi pilihan. Warna-warna yang bold dan hot pastinya mampu menarik perhatian anda!

  • My Little Secret – bright pink coral
  • You’re So Vain – fuchsia pink
  • Nine Lives – deep magenta
  • Shamelessly Vain – bright orange
  • Give Me Fever – vivid true red
  • Joie De Vivre – deep plum
  • E For Effortless – burnt deep red
  • Maison Rouge – burgundy red

High-Impact Purples

Foto – M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Tonjolkan diri anda dengan identiti yang tersendiri dengan bangga secara kuat dengan barisan warna-warna vivid dan striking punch ini! Sayangi diri dengan warna-warna gincu yang mampu menonjolkan identiti idividual anda.

  • Laissez-Faire – muted greyish pink
  • Pure Nonchalance – lavender
  • Mon Coeur – deep rosy pink
  • Hey, Frenchie! – deep mauvey nude
  • Bated Breath – warm pinky brown
  • Killing Me Softly – mauvey plum
  • La Femme – deep eggplant purple
  • Let Them Eat Cake! – electric lavender
Foto – M.A.C LIPSTICK BRUSH

M.A.C Love Me Lisptick Collection ini juga hadir dengan berus gincu yang unik bagi merapikan dan memperkemaskan warna di bibir anda.

Foto – M.A.C LOVE ME LIPSTICK COLLECTION

Bagi yang ingin mendapatkan gincu terbaru dari M.A.C ini anda boleh mendapatkannya di ke semua rangkaian M.A.C di Malaysia atau anda boleh melayari laman sesawang rasmi M.A.C di [SINI].

IKLAN

Gincu M.A.C Love Me Lipstick Collection ini dijual pada harga RM84.00 setiap satu gincu. Manakala bagi berus gincu pula dijual pada harga RM105.00 setiap satu.

Jangan lepaskan peluang mengekspeskan diri anda dengan koleksi gincu terbaru M.A.C Love Me Lipstick hari ini!