Tips - Fesyen

Tiru Cara Hadid Dan Jenner Gayakan Fesyen Daring “Cycling Shorts”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tiru Cara Hadid Dan Jenner Gayakan Fesyen Daring “Cycling Shorts”

A trend in the making?

IKLAN

Fesyen adalah satu contoh yang sempurna tentang apa yang berlaku di sekeliling. Trend yang dahulunya hangat di akhir 80-an atau awal 90-an kini dilihat kembali menguasai selepas dipakai oleh selebriti berpengaruh. Salah satunya  ialah trend athleisure (gaya sukan jalanan).

Seluar sukan berukuran pendek atau dipanggil cycling shorts dipasangkan dengan tee atau bra sukan membuatkan seseorang kelihatan bergaya dan selesa dalam masa yang sama.

Foto – Topshop

Mengambil trend athleisure adalah adik beradik Jenner – Kendall dan Kylie serta Hadid – Gigi dan Bella. Rasanya semua tahu pengaruh adik beradik Jenner dan Hadid dalam memakai sesuatu outfits. Bila mereka sarung terus ia menjadi ikutan gadis remaja serata dunia. Begitu hebat penangan adik-beradik yang tinggi lampai dan cantik jelita ini.

Kendall & Kylie. Foto – Arkib Wanista

Mereka adik beradik ini mengenakan cycling shorts bersama tee besar, crop top dan dilengkapkan bersama blazer atau kardigan untuk memberi statement. Tidak terhad ke gim semata, mereka dilihat mengenakan fesyen ini di mana sahaja di jalanan.

Gigi & Bella. Foto – Arkib Wanista

Bukan hanya mereka sahaja, ternyata trend ini sudah merebak dari Hollywood ke Bollywood malah dunia K-Pop juga.

Lihat cara selebriti ini gayakan cycling shorts paling cool boleh dijadikan inspirasi.

Kim Kardashian memadankan cycling shorts bersama oversized sweater.

Foto – The Sun

Blackpink Jennie tampil paling ringkas, memadankan bersama tee besar.

Foto – IG Blackpink Jennie

Ratu Bollywood suai padan dengan kemeja dan topi fedora untuk tampak trendy.

Foto – Vogue India

Cara Kourtney memadankan cycling shorts dengan jaket army dan tumit tinggi, nampak formal.

Foto – Dailymail

Bukan Kardashian, Jenner dan Hadid tapi Puteri Diana terlebih dahulu memulakan trend cycling shorts. Lihat cara puteri kesayangan ini memadankannya.

Foto – E!News

Tips Wanista

Cycling shorts tidak terhad kepada gaya sukan saja. Anda boleh juga peragakan di pejabat, contoh dengan menyuai padan bersama tee, blazer dan tumit tinggi atau sneakers untuk tampak berketrampilan dan sofistikated. Paling penting kena confident!

Selamat Beramal!

IKLAN