Hiburan

Im Nayoung Bekas Ketua Kumpulan PRISTIN Kini Di Bawah Naungan Sublime Artist Agency

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Im Nayoung Bekas Ketua Kumpulan PRISTIN Kini Di Bawah Naungan Sublime Artist Agency

Im Yayoung yang merupakan bekas ketua kumpulan I.O.I dan juga girls group PRISTIN, kini telah menandatangani bersama Sublime Artist Agency selepas kumpulan idol PRISTIN dibubarkan pada bulan Mei 2019.

IKLAN

Sublime Artist Agency telah mengeluarkan kenyataan mengenai kemasukan Im Nayoung ke syarikat tersebut dan juga berkongsi dua gambar profil yang mempersonakan.

Foto – Koreaboo

Kami telah melihat potensi Im Nayoung dan kami akan berusaha sehabis baik supaya dia (Im Nayoung) dapat mencapai keputusan yang memberangsangkan dari setiap aspek yang ingin diceburinya. – Sublime Artist Agency

Foto – Soompi

Menerusi komen yang dikeluarkan syarikat agensi terbabit, Im Nayoung berkemungkinan bakal aktif sebagai seorang artis, pelakon dan juga menghasilkan koreografi di masa akan datang!

Im Nayoung yang telah debut sebagai tempat ke-10 bagi I.O.I dan selepas berjaya debut menerusi I.O.I, Im Nayoung sekali lagi re-debut sebagai artis bagi kumpulan PRISTIN dibawah naungan syarikat Pledis Entertainment tetapi sayang kumpulan tersebut tidak bertahan lama dan telah dibubarkan.

Foto – Imgur via NAVER x Dispatch

Syarikat agensi terbaru yang menjadi rumah baharu buat Im Nayoung, Sublime Artist Agensi ini telah menghasilkan ramai artis berbakat besar dan antara yang terkenal adalah pelakon wanita Kim Hee Jung dan juga T-ara Hyomin.

Sama-sama kita nantikan buah tangan dari Im Nayoung akan datang!

IKLAN