Dove jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, Dove yang tampil dengan pelbagai keluaran produk penjagaan rambut menawarkan penyelesaian untuk pelbagai jenis masalah rambut dan dalam masa yang sama membekalkan nutrisi yang baik kepada rambut.
Dove kini tampil memperkenalkan rangkaian 1 Minute Advanced Conditioners, rangkaian conditioners ini hadir dengan tiga jenis conditioners yang dapat menyelesaikan masalah rambut yang beza dan sekaligus menjadikan rambut licin dan lembut bak sutera!
- Dove 1 Minute Foam Conditioner
- Dove 1 Minute Milk Gel Conditioner
- Dove 1 Minute Serum Conditioner
Produk terbaru yang dikeluarkan oleh Dove ini telah di formula dengan pembaikan keratin aktif, mikro-perapi kompleks dan kapsul serum yang mempunyai kebolehan membuatkan rambut menjadi berkilat disamping mendapat rawatan dari dalam. Sememangnya produk yang hebat, oleh Dove.
Dove 1 Minute Foam Conditioner
Produk ini telah di formula dengan mikro-perapi kompleks yang paling ringan sekali. Dove 1 Minute Foam Conditioner ini akan menjadikan rambut lebih lembut dan ianya juga mudah meresap ke dalam rambut. Dengan foam yang zero-weight ini mengandungi buih-buih kecil yang melembapkkan rambut dan ianya sangat sesuai untuk rambut yang jenis nipis dan jarang.
Dove 1 Minute Milk Gel Conditioner
Bagi produk Dove 1 Minute Milk Gel Conditioner ini pula di formula dengan mikro-perapi kompleks dan menggunakan tumbuhan sebagai agen asas. Kondisioner ini berlainan dengan kondisioner yang lain kerana ia menggantikan bahan-bahan waxy yang berat. Malah teksturnya juga membolehkan ia meresap dengan cepat ke dalam rambut. Kondisioner ini sesuai digunakan untuk rambut yang berminyak dan rambut yang rosak.
Dove 1 Minute Serum Conditioner
Dove 1 Minute Serum Conditioner ini di formula dengan kuasa transformasi kapsul serum yang mana ia dapat membaiki struktur dalaman rambut yang rosak dengan penggunaan kondisioner serum ini secara kerap. Formula yang di hasilkan bagi Dove 1 Minute Serum Conditioner ini memiliki tahap konsentrasi mikro-perapi kompleks yang paling banyak dan ia juga dapat memberikan kelembapan serta nutrisi kepada rambut di samping melembutkan rambut. Produk ini sesuai untuk jenis rambut kering dan rambut bermasalah.
Produk rangkaian Dove 1 Minute Advanced Conditioners ini kini boleh di dapati di seluruh outlet Guardian dan Watson. Dan berikut adalah harga bagi setiap siri kondisioner yang dikeluarkan oleh Dove:
- Dove 1 Minute Foam Conditioner RM21.20
- Dove 1 Minute Milk Gel Conditioner RM18.75
- Dove 1 Minute Serum Conditioner RM16.30
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rambut licin dan lembut bak sutera dengan produk rangkaian kondisioner dari Dove ini sekarang!