Hiburan

Penulis Siri “Newlyweds Diary” Dedah Personaliti Ahn Jae Hyun!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Penulis Siri “Newlyweds Diary” Dedah Personaliti Ahn Jae Hyun!

Kisah diantara Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun kini menjadi semakin hangat diperkatakan di Asia, perkhabaran yang tidak di sangka-sangka ini membuatkan peminat kedua-dua pelakon ternama daripada Korea Selatan ini tertanya-tanya mengapa dan apa punca keretakan rumah tangga mereka. Mungkinkah di hadapan kaca televisyen, semua yang dipamerkan hanyalah lakonan semata?

IKLAN

Berikutan isu perceraian kedua-dua aktor ini, penulis bagi program siri terkenal Korea iaitu “Newlyweds Diary”, Kim Dae Joo tampil berkongsi tentang personaliti sebenar Ahn Jae Hyun.

Foto – Koreaboo

Siri reality show yang menampilkan Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun yang pada ketika itu baru sahaja berkahwin pada tahun 2017. Program Newlyweds Diary yang menunjukan kehidupan seharian pasangan sejoli yang menghabiskan masa bersama di rumah sementara mereka di Gangwon-do.

Menerusi program realiti terbabit, nama kedua-dua pelakon ini melonjak naik dengan adegan romantis dan saling sayang menyayangi serta kegembiraan yang dipancarkan di kaca televisyen pada ketika itu.

Dan kini apabila mengimbau kembali kehidupan perkahwinan yang penuh kasih sayang dan romantis yang ditunjukan di kaca televisyen pada satu ketika dahulu kini berakhir di alam perceraian.

Foto – Koreaboo

Penulis bagi program Newlyweds Diary pernah menyatakan semasa di sidang media program realiti tersebut, Ku Hye Sun menghadapi masa yang sukar kerana personaliti Ahn Jae Hyun.

Saya dapat merasakan Ku Hye Sun menghadapi masa yang sukar. Meskipun Ahn Jae Hyun memportraykan sebagai seorang suami yang penyayang dan romantis di New Journey To The West, dia juga membuat kesilapan yang sama seperti mana-mana suami yang lain.

Dia kurang prihatin dan bercakap mengenai sesuatu yang tidak patut dia cakap.

Ahn Jae Hyun mungkin seorang romantis tetapi secara realitinya dia juga sama seperti mana-mana suami yang lain. Anda mungkin menyangka dia seorang suami yang paling manis yang sanggup melakukan apa saja untuk isterinya, tetapi dia sama sahaja seperti suami biasa yang lain.

IKLAN

Melihat Ahn Jae Hyun, saya secara peribadi merasa frust kerana dia merupakan suami yang jenis umpama mencurah minyak pada api. Bersedia untuk program bukanlah perkara penting, apa yang penting adalah mendengar apa yang dia (isteri) ingin cakapkan.

– Kim Dae Joo

Salah satu keretakan rumah tangga berlaku adalah, pasangan kurang prihatin dan kurang saling membantu dalam apa jua tugas yang sang isteri lakukan. Dan habit sebegini adalah tidak bagus malah memberikan kesan negatif di dalam perhubungan.

Foto – Soompi

Penting untuk pasangan saling membantu diantara satu sama yang lain dan saling bertolak ansur serta prihatin terhadap beban yang digalas oleh pasangan masing-masing. Jadikan kisah perkahwinan diantara Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun ini sebagai pengajaran buat semua.

Dan jangan ambil mudah dalam semua perkara serta jangan sewenang-wenangnya meletakan ke semua tugasan rumah di bahu pasangan anda. Saling membantu menggalas tanggungjawab adalah kunci keharmonian rumah tangga.