Kita selalu keliru dengan “Macarons” dan “Macaroons”. Kita merasakan ia manisan yang sama dengan mempunyai dua ejaan berbeza.
Adakah ia sama atau berbeza sebenarnya? Yang kita hanya ada satu perbezaan huruf antara nama kedua-dua manisan popular kelahiran Perancis ini. Tahukah, ia merupakan kedua manisan yang berbeza. Dibuat dengan bahan asas yang sama, dengan satu pengecualian – satu mempunyai tepung almond dan satu lagi diperbuat dari kelapa parut.
Teruskan pembacaan untuk tahu perbezaan macarons dan macaroons.
Bentuk
Ini ma-ca-rons
Ini ma-ca-roons
Resepi
Macarons adalah manisan yang dibuat dari tepung almond, putih telur dan gula. Ia diproses dengan cara dibakar sehingga menghasilkan tekstur luar yang tipis dan bahagian dalam yang lembut. Ia disajikan bercantum seperti roti sandwich. Bahagian tengahnya pula diisi jem dan pelbagai inti yang manis.
Baiklah, macaroons pula dibuat dari putih telur, kelapa dan gula yang dibakar hingga berwarna coklat keemasan. Bahagian dalamnya terasa padat namun kenyal. Katanya macaroons paling sedap disajikan bersama teh atau kopi panas.
Sekarang dah jelas? Kamu lebih suka yang mana Macarons atau Macaroons? Ke kedua-duanya atau tak suka langsung sebab manis?