Fesyen

Siapa Yang Suka Warna Hitam Memang Sangat Beruntung!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Siapa Yang Suka Warna Hitam Memang Sangat Beruntung!

Hitam itu menawan!

IKLAN

Hitam itu misteri!

Hitam simbol kematian!

Hitam penuh kebencian!

Hitam lambang kemurungan!

Giphy

Ada sesiapa yang almarinya penuh dengan warna hitam dan dibandingkan dengan warna lain? Penulis sendiri menggemari warna hitam, dan memakainya pada bila-bila masa terutama ketika travel.

Pasti ada yang terfikir kenapa kebanyakan orang suka sangat warna hitam sedangkan warna itu murung dan malap, langsung tiada serinya? Lagi satu walaupun anda suka memakai warna, ini beberapa alasan mengapa anda harus mempertimbangkan memakai semua hitam. Dijamin, adalam satu cara atau yang lain, ia akan meningkatkan kehidupan bahkan membuka mata anda.

#1 Anda tidak perlu fikir tentang apa yang akan anda pakai

Sebagai contoh, lihat sahaja almari Mark Zuckerberg. Semuanya baju tee warna kelabu. Jika anda mempunyai baju dan seluar warna yang sama, anda tidak perlu bimbang untuk menyuai padan outfit yang lain. Sekaligus menyenangkan fikiran dan tidak perlu stress memikirkan outfit apa yang perlu dipakai pada hari itu.

Baca : Kenapa Ada Jutawan Seperti Mark Zuckerberg Pakai Baju Yang Sama?

IKLAN

#2 Hitam berfungsi dengan setiap nada kulit dan warna rambut

Ya. Sama ada anda miliki rambut hitam bersinar bak Alzalna, berkulit putih gebu seperti Datin Eina Azman, rambut blonde ala Blackpink Rose, black totally works with everyone! Senang, tiada masalah!

Foto – Pinterest

#3 Hitam sesuai untuk semua acara

Temuduga kerja? Hitamlah yang menjadi pilihan majikan. Temu janji pertama bersama si dia? Kenapa tidak. Hadiri acara kematian? Pakailah hitam sebagai tanda hormat. Hitam paling mudah dan penyelamat!

Baca : Jangan Pakai Baju Warna Ini Bila Pergi Temuduga!

#4 Hitam ialah item fesyen yang timeless

Hitam adalah hitam. Jangan main-main dengan kehebatan warna ini. Walaupun sekarang terlalu banyak trend fesyen tetapi item fesyen yang timeless adalah lebih selamat kala berfesyen malah anda juga tidak perlu update wardrobe setiap musim. Hitam fesyen yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan boleh dipakai sepanjang zaman tanpa rasa jemu.

Foto – Pinterest

#5 Hitam sangat seksi

Tahukah baju warna hitam buatkan wanita lebih seksi, yakin dan bijak. Perkara ini diakui menerusi kajian yang dibuat oleh satu portal membeli belah dalam talian, wanita yang memakai baju warna hitam dilihat lebih seksi, yakin dan bijak. Kajian tersebut melibatkan seribu responden lelaki, di mana para penyelidik menunjukkan foto wanita dan mereka perlu memberikan nilai berdasarkan warna busana yang dipakai oleh wanita di dalam foto. Hasil kajian mendapati, majoriti responden lelaki berpendapat bahawa wanita yang memakai baju warna hitam lebih menarik perhatian.

#6 Anda tidak nampak berlebihan

Ingat tidak semua fesyen terkini yang sedang hangat sesuai digayakan oleh kita. Takut silap hari bulan nanti anda digelar mangsa fesyen pula. Jadi, sekali lagi hitam warna yang mudah dan penyelamat. Orang tidak mungkin akan katakan ini “kau over gila pakai hitam” kepada anda.. Never!

Foto – Pinterest

#7 Kalau kotor orang tak perasan

Lagi pula kalau anda pergi travel, pakai saja warna hitam… orang tak mungkin tahu itu adalah baju yang sama. Kalau kotor, orang tak perasan dan anda tidaklah kecoh dan moody seharian. Tiada siapa yang boleh melihatnya. Cubalah pakai putih, memang haru hidup anda pada hari itu. Pakai hitam dan jangan risau lagi!

Mudahkan pakai hitam? Di harap artikel ini memberi manfaat kepada individu yang memperlekehkan warna hitam.