Kesihatan

Awas! Sakit Kepala Terlalu Kerap Petanda Kesihatan Diri Dalam Bahaya

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Awas! Sakit Kepala Terlalu Kerap Petanda Kesihatan Diri Dalam Bahaya

Sakit kepala sering mengganggu kesihatan masyarakat baik tua, muda, lelaki mahupun wanita. Dan rasa sakit kepala ini jugalah sering tidak di ambil berat oleh segelintir masyarakat. Tahu tak jika anda mengalami sakit kepala berpanjangan atau secara kerap ia mungkin petanda bahawa tahap kesihatan dalam bahawa?

IKLAN

Pasti ramai yang tidak terfikir akan kemungkinan ini bukan? Untuk pengetahuan semua, penting untuk mengetahui dan mengenal pasti jenis sakit kepala yang dialami itu sama ada ianya sakit kepala yang biasa atau yang mampu mengakibatkan bahaya kepada diri.

Foto – health.com

Sakit Kepala Terbahagi Kepada Dua

  • Jenis sakit kepala primer
  • Jenis sakit kepala sekunder

Jenis Sakit Kepala Primer

Sakit kepala jenis primer ini kadang kalanya akan menjejaskan aktiviti harian tetapi ianya tidak membahayakan kesihatan dan tidak berlaku dalam tempoh yang lama. Dalam erti kata lai sakit kepala jenis primer ini bersifat episode yang bermaksud berlaku sesekali

Dan antara jenis sakit kepala jenis primer ini adalah:

  • Sakit kepala tekanan (stress)
  • Sakit kepala kluster
  • Sakit kepala migrain

Selain itu, gaya hidup juga penyebab sakit kepala jenis primer ini mudah terjadi di kalangan masyarakat kini. Berikut adalah salah satu penyebab berlakunya sakit kepala jenis primer ini:

  • Minum minuman beralkohol terutama yang diperbuat dari anggur merah
  • Makan makanan tertentu seperti daging olahan yang mengandungi nitrat
  • Perubahan waktu tidur atau kurang tidur
  • Postur tubuh yang tidak bagus
  • Makan lambat atau tidak makan
  • Stres berat
Foto – Daily Mirror

Jenis Sakit Kepala Sekunder

Sakit kepala jenis sekunder pula merupakan sakit kepala yang sering di lihat terjadinya keadaan kesihatan yang serius berlaku. Antaranya jenis-jenis situasi atau tahap kesihatan yang menghidapi sakit kepala jenis sekunder ini adalah:

  • Berlaku pendarahan di bahagian otak dan menutupi jaringan otak
  • Tekanan darah yang sangat tinggi
  • Jangkitan otak seperti meningtis, ensefalitis, bengkak atau bisul
  • Tumor otak
  • Keracunan karbon monoksida
  • Kekurangan oksigen sewaktu tidur
  • Masalah pembuluh darah dan pendarahan pada otak
  • Influenza (flu) dan penyakit demam yang lain
  • Serangan panik

Cara Mengubati Sakit Kepala Tanpa Ubat-Ubatan

#1 Relaksi

Foto – verywell mind

Dengan bermeditasi, ia dapat meredakan rasa sakit kepala. Anda cuma perlu pejamkan mata dan atur pernafasan sambil membayangi diri anda berada di tempat kesukaan anda.Dan secara perlahan-lahan atur pernafasan agar teratur dan ulang aksi meditasi ini sehingga sakit kepala beransur-ansur hilang.

#2 Berehat Dalam Ruangan Gelap

Foto – verywellhealth.com

Jika anda berasa sakit kepala di bahagian belakang muncul ketika anda sedang melakukan aktiviti, anda harus segera mencari tempat untuk baring atau duduk seketika. Anda berehat di ruangan yang tenang dan agak gelap. Jauhi dari segala kebisingan yang mampu membuatkan anda lemas.

#3 Urut Kepala

Foto – nypost.com

Selain dengan memakan ubat untuk sakit kepala, anda juga boleh melakukan aktiviti urutan di bahagian kepala anda dengan menggunakan jari telunjuk atau ibu jari. Urut kepala anda selama 7-15 saat dan lakukan urutan ini sehingga anda berasa sakit kepala beransur-ansur reda.

IKLAN

#4 Banyakkan Minum Air

Foto – ParentCircle

Sakit kepala juga terjadi apabila diri anda mengalami dehidrasi dan tanda ini akan di rasai apabila anda sakit di bahagian belakang kepala yang sesekali berlaku. Cuba untuk minum air dengan banyak secara kerap.

#5 Jaga Pemakanan

Foto – SBS

Tahu tak apabila diri anda turun kadar gula dalam darah ia juga akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala di bahagian belakang atau kedua-dua belah bahagian kepala. Oleh itu, jaga pemakanan anda dengan gaya pemakan yang seimbang untuk kandungan gula dalam darah dan pastikan anda makan tepat pada waktunya dan jangan lembatkan waktu makan.

Foto – Healthline

Meskipun cara rawatan yang Wanista tampilkan ini adalah rawatan alternatif tanpa menggunakan ubat-ubatan ianya berkesan bagi sakit kepala yang ringan seperti sakit kepala primer.

Jika anda mengalami sakit kepala jenis sekunder, maka digalakan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan secara rapi dengan doktor. Ingat jangan ambil ringan tentang sakit kepala yang dialami jika ianya berlaku secara kerap, jika situasi seperti ini berlakukan langsung dapatkan rawatan dan khidmat nasihat doktor!