Tudung ataupun selendang berwarna putih ini jarang digayakan oleh para wanita kerana dikhuatiri tidak kena dengan gaya dan pakaian yang dikenakan. Tetapi sebenarnya warna putih merupakan warna yang mudah untuk digayakan!
Untuk menggayakan tudung atau selendang putih dengan pakaian yang sesuai agar tampak lebih terserlah dan anggun sebenarnya tidak susah. Nak jom ikuti Wanista dalam mengenakan tudung putih bersesuaian dengan gaya fesyen bertudung masa kini!
Berikut adalah tips penampilan menggayakan tudung berwarna putih agar tampak terserlah, ayu, anggun dan elegan!
#1 Tampil ayu dengan lilitan shawl putih yang ringkas dan kemas memberikan aura lembut kepada si pemakai. Malah padanan baju yang berwarna lembut sekaligus menaik sentuhan manis kepada si pemakai shawl putih ini.
#2 Pemakaian selendang putih yang ringkas dipadankan dengan baju labuh dibahagian dalam dan jaket jeans dibahagian luar menampilkan gaya fesyen yang trendy. Malah, ia juga mengeluarkan aura playful wanita secara semula jadi dan bersahaja!
#3 Siapa kata wanita bekerjaya tak sesuai gayakan tudung/selendang putih? Nah, lihat saja bagaimana wanita dibawah ini tampil bergaya dengan pemakaian selendang putih yang di lilit kemas dan rapi, yang dipadankan blous bersorak beserta dengan skirt labuh yang menonjolkan lagi keayuan dan kekuatan yang tersembunyi dari dalam diri!
#4 Seleksi tudung putih dengan padanan gardigan labuh, baju dan seluar memberikan gaya fesyen yang unik. Ditambah pula dengan rantai leher menjadikan gaya si bertudung putih ini kelihatan ranggi dan mempersonakan!
#5 Tampil kelihatan funkie dengan fesyen selendang putih dengan penampilan gaun labuh beserta jaket. Gaya fesyen bertudung mahupun berselendang putih ini pasti dapat menonjolkan sisi aloof wanita!
#6 Wow, terserlah keperibadian dengan padanan selendang putih bersama dress one piece ini! Tambahan lagi gaya padanan sebegini juga dapat menonjolkan karisma wanita tau!
#7 Wah cantik bak bidadari ! Nah, pemakaian selendang putih di hari bahagia yang digayakan dengan busana gaun putih seperti ini menonjolkan seri ayu si bidadari. Tambahan lagi gaya penampilan sebegini di hari bahagia ini juga dapat menampilkan aura elegan dan anggun wanita di hari bersejarah!
Nah, lepas ini pasti anda akan lebih berani menggayakan tudung mahupun selendang putih dengan pelbagai padanan fesyen! Yang penting anda tampil yakin dan berani mengenakan tudung atau selendang putih ini.
Warna putih adalah warna suci dan warna yang melambangkan keperibadian yang elegan dan unggul. Jadi anda harus tampil berani dan selektif dengan penampilan diri dengan penggunaan warna-warna bersih seperti ini!