Info Menarik

Sambutan Hari Kebangsaan Lebih Jimat Di IKEA!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Sambutan Hari Kebangsaan Lebih Jimat Di IKEA!

Pada 15 Ogos sehingga 2 September 2019 ini, IKEA memberikan tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai barangan rumah dengan Merdeka Madness Clearance sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada bulan kemerdekaan ini.

IKLAN

Semasa musim penghabisan stok yang berlangsung di keempat-empat stor IKEA, pelanggan dapat menikmati promosi yang berpatutan, barangan dengan rekaan yang bagus, berfungsi dan produk barangan rumah yang berkualiti.

Menerusi sesi penghabisan stok ini IKEA memberikan potongan harga sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih dan dalam masa yang sama pelanggan juga dapat menikmati promosi di stor dalam talian IKEA. Hebatnya!

Foto – redChili21

Merdeka Madness Clearance akan memberi lebih banyak manfaat kepada pemegang kad IKEA FAMILY. Anda akan mendapat extra 10 peratus potongan harga untuk barangan rumah apabila anda membeli menerusi pembelian secara terus di stor IKEA. 

Selain itu, tuala VAGSJON, alas kaki mandian TOFTBO, beberapa pilihan tekstil tilam dan langsir akan diberi potongan sebanyak 20 peratus, di tambah lagi kepada pemegang kad IKEA FAMILY akan mendapat 10 peratus extra potongan harga! Bestnya.

Dan berikut merupakan diantara barang-barang yang dijual di IKEA dengan harga promosi sempena Merdeka Madness Clearance!

Foto – IKEA (JANSJO lampu kerja LED, RM49) (Harga asal RM79)
Foto – IKEA (KORPON Portable charcoal barbecue, RM59) (Harga asal RM100)
Foto – IKEA (INDUSTRIELL Kerusi Hitam-Hijau RM199) (Harga asal RM445)

Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan menu enak yang terdapat di restauran IKEA memberikan tawaran harga yang hebat khas untuk pengunjung yang datang ke IKEA!

Berikut diantara menu di restauran IKEA khas untuk pelanggan istimewa IKEA.

Foto – XTRA
Foto – IKEA (kek ondeh-ondeh, RM6.90)

Manakala buat pemegang kad IKEA FAMILY, terdapat menu istimewa khas hanya untuk pemegang kad IKEA FAMILY. Bagi yang ingin mendapatkan kad IKEA FAMILY ini, anda boleh dapatkannya secara percuma di FAMILY kiosk yang terdapat di seluruh stor IKEA atau anda boleh mendaftar secara dalam talian di [SINI].

IKLAN
Foto – IKEA (Kad IKEA FAMILY)
Foto – IKEA (Turf dan Surf Kombo, RM29.90)

Bagi yang ingin mengetahui tentang Merdeka Madness Clearance ini anda boleh melawati laman sesawang IKEA [SINI] dan lihat sendiri pelbagai produk menarik dengan harga promosi yang murah dan hebat ini segera.