Kecantikan

Dijamin Berkesan, 5 Skincare Yang Disyorkan Pakar Dermatologi

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Dijamin Berkesan, 5 Skincare Yang Disyorkan Pakar Dermatologi

Bila bercakap bab produk kecantikan, terbayangkan pelbagai produk baru memasuki pasaran. Ada yang menjanjikan instant result dalam hanya 3 kali penggunaan, kulit wajah yang rosak teruk boleh berubah cantik dalam sekelim selepas menggunakan serum asal Korea serta macam-macam lagi yang dijanjikan.

IKLAN

Tapi back to basic, anda mahu mencari produk yang betul-betul berkesan, bukan hanya menurut marketing yang dijanjikan tapi pakar dermatologi juga. Pakar dermatologi hanya mengesyorkan produk yang betul-betul berkesan, yang tidak memberikan reaksi negatif tetapi memadai rasa ringan bila menggunakannya. Walaupun kesan nampak agak lambat tapi percayalah produk ini dijamin berkesan. Kalau tidak, tak mungkin pakar nak recommend kan.. Fikir sendiri!

Giphy

5 produk yang banyak kali diakui keberkesanan menurut pakar adalah seperti berikut;

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser

Pembersih yang berasaskan gliserin tulen yang terbukti secara klinikal untuk menghilangkan 99.9% kotoran dan bendasing dari kulit. Menampilkan formula kawalan minyak yang tidak mengeringkan, pembersih ini menghasilkan buih yang kaya berkrim yang sampai ke dalam liang-liang pada kulit dan mengeluarkan bendasing seperti kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati. Manfaat daripada bahan utamanya, gliserin tulen menyubur dan menghaluskan kulit menjadikan wajah kelihatan bebas cela, segar dan sihat.

Foto – Amazon

Cetaphil Gentle Cleanser

“Masalah kulit sensitif adalah suatu perkara biasa, walaubagaimanapun ia kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan yang berlebihan seperti gatal-gatal dan rasa pedih, lebih-lebih lagi selepas menggunakan produk-produk kosmetik. Terdapat tiga pendekatan mudah bagi mencapai kulit yang sihat iaitu dengan membersih, melembap dan melindungi, dan Cetaphil Gentle Cleanser berikan semua itu, ” terang Dr Mazlin Baseri, Pakar Dermatologi dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Foto – Allure

Avene Thermal Spring Water

Avene Thermal Spring Water mempunyai kandungan bahan yang mampu menenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist menyarankan dan menggunakan thermal spring water ini pada pesakit selepas melakukan rawatan kecantikan. Jika anda berasa wajah tidak selesa, semburkan thermal spring water untuk memberi kesan kelegaan pada kulit. Ia membantu memperbaiki kulit wajah yang kemerahan, meruam dan gatal-gatal.

Foto – Dermstore

Baca : Selain Bertindak Sebagai “Setting Spray”, Ini Kegunaan Lain Avene Thermal Spring Water

Clinique Facial Soap Mild

Pembersihan yang dirumuskan secara klinikal sesuai digunakan untuk semua jenis kulit – normal, kering, minyak, sensitif dan juga kombinasi. Satu aplikasi sahaja memberi kesan yang ringan dan tidak merengsakan sekaligus nyaman, membuatkan anda ingin terus menggunakannya.

Foto – Lookfantastic

Hada Labo Face Wash

Produk pembersih wajah Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi. Bentonite Clay menyerap kotoran dan minyak dengan efektif daripada kulit. Selain teksturnya yang halus, ia mampu menanggalkan sel kulit mati, lantas membersihkan liang pori dan memperbaiki tekstur kulit. Hyaluronic Acid juga merupakan ramuan penting di dalam produk pembersih wajah ini. Hyaluronic Acid mampu memelihara dan mengunci lembapan jauh ke dalam kulit untuk kelembapan berpanjangan. Kulit berasa bersih dan segar tanpa rasa lekit dan kering.

IKLAN
Foto – Watsons

Baca : Review : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Anda guna skincare apa, kongsilah dengan kami.