Makanan, Resipi

3 Resepi Minum Petang Ala Barat Yang Rendah Kalori Dan Enak!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
3 Resepi Minum Petang Ala Barat Yang Rendah Kalori Dan Enak!

Setiap hari menu minum petang nasi goreng, mi goreng, sandwich tuna, kuih-muih… alahai bosannya. Sesekali nak juga cuba menu lain yang lebih authentic dan menarik. Ala menu yang biasa disajikan di acara-acara majlis, yang jenis finger food. Ya, saiznya kecil tapi ada sesetengah menu sebegini memang mengenyangkan dan ada yang sedap. Bukan sahaja sedap tapi rendah kalori. Jadi sambil kamu melantak, tidaklah rasa risau dengan jumlah kalori yang diambil.. Tak gitew!!

IKLAN

Ini beberapa menu minum petang ala barat Wanista kongsikan… Semuanya mudah dan enak!

Roti bakar bersama Salmon Bersos Krim Lemon

Foto – Pinterest

Kalori : 119

Kanji : 1.4 grams

Bahan-bahan :

  • 1/2 cawan Greek yogurt atau yogurt biasa
  • sedikit hirisan daun bawang
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 1 sudu jus lemon
  • 2 auns smoked salmon
  • beberapa keping roti yang dibakar

Cara-cara :

Campurkan yogurt, daun bawang, minyak zaitun, jus lemon di dalam satu bekas dan gaulkan. Letakkan di atas roti dan taburkan dengan daun bawang untuk hiasan.

Homemade Potato Chips

Foto – Pinterest

Kalori : 130

Kanji : 1 gram

IKLAN

Bahan-bahan :

  • 2 biji kentang russet
  • 2 sudu minyak zaitun
  • 1  sudu serbuk paprika
  • 3/4 sudu garam
  • 1/4 sudu lada hitam

Cara :

1. Panaskan oven hingga 400°.

2. Menggunakan pisau mandolin slicer atau pisau tajam, hiriskan kentang dan letakkan di atas tuala dapur supaya menyerap lembapan kentang.

3. Gaulkan hirisan kentang di dalam minyak zaitun, paprika, garam dan lada hitam. Susunkan sehelai-sehelai di atas baking sheet.

4. Bakar sehingga kentang berwarna keemasan, dari 20 hingga 25 minit. Keluarkan dari oven dan taburkan dengan garam.

5. Apabila sejuk, masukkan kentang di dalam bekas kedap udara selama sehari.

Canape Kentang Dengan Tuna

Foto – Pinterest

Kalori : 136

Kanji : 0.8gram

Bahan-bahan :

  • 8 biji kentang mini atau red potato
  • 1 tin tuna dalam air
  • 2-3 sudu besar mayonis
  • 1 sudu krim masam / sour cream
  • 1 sudu jus lemon
  • sedikit daun bawang dihiris

Cara-cara :

1.  Letakkan kentang di dalam steamer dan stimkan hingga lembut, 18-20 minit. Sejukkan dan belah dua. Jika tiada steamer, anda boleh rebuskan di dalam air atau gunakan mikrowave.

2. Guna melon baller atau sudu, scoop keluar isi kentang dan letak di dalam bekas lain.

3. Gaulkan tuna, mayonis, krim masa, jus lemon dan daun bawang di dalam bekas.

4. Masukkan bahan yang digaul di dalam kentang yang tadi dan taburkan dengan hirisan daun bawang. Siap! :)

Sedapkan? Apa lagi cubalah..