Hiburan

Cair Tengok Henry Golding Dalam Filem Rom-Com Baru “Last Christmas”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cair Tengok Henry Golding Dalam Filem Rom-Com Baru “Last Christmas”

I’m totally into it!

IKLAN

Hearthrob kesayangan Malaysia, Henry Golding kembali dengan filem komedi romantik yang lebih sweet, gorgeous “Last Christmas” bersama Emilia Clarke, Emma Thompson, Michelle Yeoh dan ramai lagi.

Melihat pada trailer, kita dapat mengagak plot filem berkisarkan gadis yang hilang pedoman dalam meneruskan kehidupan, asyik gagal, tidak punya hala turu tetapi berubah menjadi seorang yang baik apabila bertemu dengan lelaki misteri yang cukup mencairkan.

Emilia Clarke dan Henry Golding tunjang utama Last Christmas. Foto – Preview

Durasi selama 2:59 itu dihidangkan dengan pelbagai konflik Kate (Emilia Clarke) bersama keluarganya, majikan serta kisah percintaan dengan jejaka kacak Tom (Henry Golding). Bikin jiwa lagi meruntun apabila diiringi latar muzik “Last Christmas” dari mendiang George Michael… penulis tak dapat nak gambarkan bertapa romantisnya filem ini, dan terlalu teruja.

Trailer

Sinopsis

Kate bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan.

Foto – Latimes

Filem “Last Christmas” akan menemui penonton Malaysia padaย 14 November 2019. Tak sabar nak tengok keserasian Emilia dan Henry Golding bersatu dalam filem rom-com ini.ย