Suka makan manisan Jepun ‘Mochi’? Bila dipegang, dipicit, terasa sangat lembut dan licin, bukan… Macam orang Jepun, mereka bukan sahaja miliki kecantikan rupa paras semulajadi bahkan kulit badan juga sempurna bersih.
Agaknya apa rahsia mereka?
Perkenalkan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil baharu diilhamkan daripada rutin kecantikan ringkas Jepun yang menampilkan ciri pembersihan dan pelembapan untuk kedua-dua bahagian wajah dan badan dalam SATU langkah sahaja. Ia dicipta untuk membersih secara lembut dan melembapkan kulit di setiap mandian dan dalam tempoh dua minggu hasilnya boleh dilihat.
Istimewanya Shokubutsu Mochi Hada
Teknologi Moisture – Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada
Teknologi Moisture – Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada adalah satu formulasi mandian cemerlang daripada LION Corporation Japan yang mengekalkan kelembapankulit dengan mengurangkan penyejatan air dari permukaan kulit. Cara ini mengunci molekul-molekul airyang sedia ada di dalam kulit, menjadikannya lebih efektif dalam mengekalkan tahap hidrasi kulit.
Rahsia Kulit Tanpa Cela Dengan Ramuan Asli Jepun
Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil diformulasikan dengan teknologi Moisture-Lock yang menggabungkan secara aktif Minyak Tsubaki Ultra-Pelembap, Ekstrak Tapai Beras dan Minyak Bran Beras yang mengunci kelembapan dari dalam untuk kulit yang kekal terhidrat, lembut, licin dan berseri selepas setiap mandian.
Minyak Tsubaki (atau Minyak Bunga Camelia Jepun) telah menjadi sebahagian daripada amalan kecantikan yang penting di Jepun sejak berabad lalu. Ia juga merupakan rahsia kecantikan di kalangana Wanita Jepun yang terkenal dengan kulit wajah tanpa cela, menggunakan minyak Tsubaki untuk memberi khasiat dan melindungi kulit wajah secara tradisional. Minyak ini mudah diserap, hipoalergenik dan bukan komedogenik. Pada kebiasaannya, minyak tradisional Jepun ini digunakan untuk anti-penuaan, melembut dan melembapkan kulit dengan mendalam, hasil kombinasi kebaikan antioksidan, asid lemak dan vitamin E yang terkandung di dalamnya.
Minyak Bran Beras adalah satu rahsia anti-penuaan di Jepun. Ia membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapan. Kaya dengan vitamin dan zat-zat galian, minyak bran beras membantu untuk memperolehi kulit lebih cerah, lebih lembut dan licin.
Extrak Tapai Beras adalah air beras yang diproses secara penapaian. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.
Jika inginkan kulit bak orang Jepun, dapatkan rangkaian Shokubutsu Matcha Hada di pasaran sekarang.