Kesihatan

5 Ganjaran Lumayan Kamu Dapat Dengan Mandian Air Panas

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
5 Ganjaran Lumayan Kamu Dapat Dengan Mandian Air Panas

Mandian air panas merupakan rahsia keremajaan wanita Jepun. Dipanggil onsen, mandian semulajadi ini mengandungi natrium klorida dan kalsium yang dikenali untuk sifat terapeutik dan manfaat kesihatan, meninggalkan kulit segar dan bercahaya. Pada orang Jepun, mandian air panas dengan kerap tidak hanya membantu anda merasa lebih segar, ia boleh membantu menghilangkan kotoran dan toksin sekaligus membuatkan kulit kelihatan lebih glowing.

IKLAN

Bahkan dengan hanya berehat di dalam hot bath sahaja anda boleh memperoleh beberapa kelebihan ini…

Bantu Tidur Lena

Bagaimana nak mendapatkan tidur efektif selama lapan jam?

Foto – Parenting

Tahukah kamu mandian air hangat sebelum tidur boleh memberikan kelebihan yang sama. Pada waktu malam suhu badan kita secara semula jadi jatuh, yang menandakan penghasilan melatonin atau hormon tidur. Berendam dalam mandian air hangat akan meningkatkan suhu badan anda, dengan itu membantu penghasilan melatonin sekaligus menyiapkan anda untuk tidur.

Menenangkan Otot

Haba akan mengalirkan darah anda, yang bukan sahaja baik untuk peredaran tetapi juga dapat membantu otot yang sakit atau tegang untuk berehat. Penambahan garam epsom dalam mandian air hangat telah terbukti membantu mengurangkan keradangan pada sendi yang disebabkan oleh arthritis atau penyakit otot lain. Ciri-ciri anti-radang garam epsom juga telah menunjukkan kesan positif kepada individu yang penyakit seperti diabetes jenis 2.

Boleh Melegakan Selesema Dan Demam

Stim dari mandian air panas memberi keajaiban pada hidung tersumbat dan batuk. Hidung tersumbat yang disebabkan oleh peradangan di bahagian hidung anda, dan stim menyebabkan saluran darah di wajah dan hidung bergerak sehingga melonggarkan penyumbatan mukus. Mandi berendam juga boleh membantu sistem imun anda untuk melawan virus dengan lebih baik.

Foto – Star2.com

Merawat Kulit Yang Iritasi

Tahukah kombinasi mandian panas dengan minyak pati tertentu seperti kelapa, zaitun, lavender atau oatmeal boleh menghidrat dan menyembuhkan kulit yang kering atau iritasi. Malah, aromaterapi sangat bagus untuk mengawal mood anda atau mengurangkan tekanan.

Tekanan Darah

Mengambil mandian air panas secara biasa boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Pakar menjelaskan ini kerana tekanan darah yang berkurang dapat membantu dalam mencegah keadaan jantung yang lebih serius, seperti serangan jantung atau strok. Dengan menggunakan haba untuk mendorong aliran darah dan peredaran darah yang lebih baik, anda mendedahkan tubuh kepada senaman kecil.

Foto – Wired

Selamat Beramal!

IKLAN