Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual adalah salah satu dari tiga kategori utama orientasi seksual, bersama dengan dwiseks (biseksual – cenderung kepada kedua jantina lelaki dan perempuan) dan heteroseksual (kepada jantina berlawanan) dan mungkin juga istilah panseksual (daya tarikan seksual, romantis atau emosi terhadap orang tanpa menghiraukan jantina atau pengenalan jantina mereka).
Sejak kebelakangan ini, banyak kita baca perihal selebriti yang berani bercakap tentang orientasi seksual mereka. Mereka ini bukan sahaja tertarik kepada jantina berlawanan, yang sama malah lebih daripada satu jantina. Siapa yang dimaksudkan… teruskan pembacaan.
Kristen Stewart
Si cantik Kristen Stewart sebelum ini hangat bercinta dengan Robert Pattinson selama bertahun-tahun, dan kini selesa menjalin hubungan dengan model Stella Maxwell.
Halsey
Penyanyi dan penulis lagu Halsey mengumumkan dirinya sebagai biseksual dan telah bercakap mengenainya barkali-kali.
“Saya masih muda, biseksual, dan saya telah menghabiskan sebahgian besar hidup saya untuk mengesahkan diri – kepada kawan, keluarga, bahkan kepada diri sendiri. Saya cuba membuktikan bahawa siapa saya suka dan bagaimana perasaan saya tidak satu fasa, ia bukan sebahagian daripada kekeliruan yang akan berubah atau boleh dimanipulasi,” jelasnya.
Amber Heard
Aktres yang juga bekas isteri Johnny Depp, Amber Heard keluar sebagai biseksual tahun lalu, tetapi lebih suka tidak dilabel orientasi seksualnya.
Bella Thorne
Aktres Bella Thorne pada asalnya mengumumkan diri sebagai biseksual, tetapi baru-baru ini menyedari dia adalah panseksual. Dia tidak mahukan label dalam perhubungan – sama ada lelaki, perempuan atau sesiapa sahaja.
Paris Jackson
Walaupun dia keluar sebagai bikseksual ketika usia remaja 14 tahun lagi, tetapi anak mendiang Michael Jackson lebih suka tidak melabel dirinya dan selesa sebegitu.
Miley Cyrus
Sepanjang perkahwinan Miley dan Liam, Miley akui bahawa dirinya masih tertarik kepada wanita. Miley sendiri merasakan keliru dan kompleks dalam perhubungan, bahkan menolak gelaran ‘isteri’ kerana merasakan gelaran tersebut tidak sesuai bagi dirinya.
Baca : Berakhir Sudah Mahligai Miley Cyrus & Liam Hemsworth. Ini Puncanya!
Yang pasti siapa kita nak menghakimi mereka bukan…