Kembara

Bila Travel Ke New Zealand, 4 Rumah Penginapan Korang Patut Stay… Best!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Bila Travel Ke New Zealand, 4 Rumah Penginapan Korang Patut Stay… Best!

New Zealand. Selain terkenal sebagai lokasi pengambaraan filem trilogi Lord of the Rings, apa yang kita tahu tentang negara kiwi ini?

IKLAN

Tahukah New Zealand terkenal dengan keunikan hospitaliti mereka, miliki reputasi sebagai tuan rumah yang paling rumah dan mesra di dunia. Tidak kira dari mana asal usul anda, anda akan disambut dengan cara yang luar biasa setibanya di New Zealand.

Antara salah satu tarikan di New Zealand adalah tempat penginapannya yang unik. Bagi para pelancong yang suka mendekati alam semula jadi, mereka boleh memilih untuk menginap di ladang zaitun di Sungai Waiohine atau kotej mewah di ladang Alpaka. Bagi mereka pula yang ingin mengenali budaya tempatan, mereka boleh memilih kediaman penulis terkemuka, Jane Tolerton.

Nak cuba stay dekat sini, ikuti senarai Wanista.

B&B Booklovers khas buat pencinta buku

Wartawan dan penulis terkenal, Jane Tolerton merupakan tuan rumah ‘Bed & Breakfast’, Booklovers B&B di Wellington. Jane Tolerton telah menerima gelaran ‘B&B Lady’ dalam repertoirnya sejak tahun 1999, dan juga pernah menerbitkan beberapa buku seperti “Covent Girls” dan “Sixties Chicks”.

Foto – True NZ

Terletak di bandar Wellington, kediaman beliau telah menjadi perhatian para pengunjung yang ingin berbual-bual dengan penulis terkemuka ini sambil menikmati sarapan pagi yang dimasak oleh beliau. Para pengunjung juga boleh mengunjungi Muzium Te Papa dan Teater Circa, atau merasai pengalaman berjalan di laluan Lord of the Rings di sebelahnya.

Tinggal bersama Alpaka di Penginapan Ladang Alpaka Silverstream

Para pelawat yang menyukai alam semula jadi pasti akan menemui apa yang dinanti-nantikan di Penginapan Ladang Alapaka Silverstream di Utara Canterbury.

Foto – TripsAdvisor

Penginapan Ladang Alpaka Silverstream merupakan tempat persinggahan yang ideal buat mereka yang mahukan sebuah penginapan unik. Antara tarikan di Ladang Alpaka Silverstream adalah binatang alpaka yang dipelihara oleh Kit dan Cheryl. Mereka memiliki 200 ekor alpaka yang berkeliaran di ladang tersebut. Ini merupakan peluang untuk mendekati binatang ini.

Rumah Penginapan di Wairarapa

Terletak bersebelahan dengan Sungai Waiohine, rumah penginapan nan indah ini memberi ketenangan dari keriuhan bandar Greytown dan Carterton yang berdekatan. Lokasinya yang strategik menjadi pilihan kepada mereka yang gemar membeli-belah dan menikmati makanan tempatan.

IKLAN
Foto – New Zealand

Bukan itu sahaja, tuan rumah juga menyajikan sarapan kontinental setiap pagi untuk para tetamu danmenyediakan basikal bagi mereka yang ingin menerokai keunikan tempat ini. Lamannya yang besar juga amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti kriket, bola sepak atau kroket.

Kenali alam semula jadi di Pondok Abel Tasman

Pondok Abel Tasman terletak berdekatan dengan Taman Negara Abel Tasman. Ia mempunyai pelbagai chalet persendirian yang luas serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sebuah rumah. Ini menjadikannya pilihan penginapan yang tepat untuk pelancong yang mengidamkan percutian bertemakan alam semula jadi.

Foto – TripAdvisor

Abel Tasman menawarkan pelbagai jenis aktiviti seperti kayak, lawatan eko, menunggang kuda serta menerokai air terjun. Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Bandar yang berdekatan, Mapua dan Moutere juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami budaya masyarakat tempatan di pelbagai restoran dan kedai.

Berminat? Tempah sahaja di TripAdvisor sekarang!