Tips - Percintaan

Nerdy Atau Tidak, Ini Petanda Anda Telah Jatuh Cinta!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Nerdy Atau Tidak, Ini Petanda Anda Telah Jatuh Cinta!

Nerdy atau skema merupakan satu terma yang sering digunakan bagi menggambarkan individu yang berpakaian kemas dengan berkaca mata serta memiliki personali yang ‘senyap’ atau kadangkala ‘pelik’. Tetapi itu semua hanya tanggapan orang luar atau masyarakat di sekeliling dan ianya tidak penting, apa yang penting anda tahu menilai kebolehan diri anda sendiri.

IKLAN

Individu nerdy merupakan seorang insan dan akan jatuh cinta serta menginjak ke alam perhubungan dan berkahwin serta memiliki ahli keluarga sendiri. Tetapi macam mana nak detect yang mereka ini sedang dilamun cinta eh? Sebab dilihat dari luaran cool je dan senyap je.

Foto – Pinterest

Nah sebenarnya ada je cara nak detect individu nerdy ini telah dilamun cinta. So kalau bestfriend anda seorang nerdy, anda boleh cuba peka dengan aspek-aspek yang Wanista tampilkan di bawah. Anda juga boleh beri sokongan moral dan idea yang menarik untuk mengukuhkan perhubungan kepada bestfriend nerdy anda!

Warning! Nerdy Telah Jatuh Cinta

Nampak Lebih Kemas Dari Biasa

Foto – jusdate.com

Individu nerdy akan menjaga keterampilannya lebih kemas daripada yang biasa. Ya, mereka akan cuba untuk tampak menarik dengan berpakaian kemas, bersih dan tiada bau badan yang kurang enak melekat pada badan mereka.

Malah wajah mereka juga akan kelihatan bersih dan lebih banyak tersenyum. Nah cuba anda perhatikan rakan karib anda secara rahsia, pasti anda akan dapati mereka kelihatan lebih segak atau kemas serta lebih banyak tersenyum seorang diri! Teringat dekat seseorang lah tu!

Lirikan Mata Akan Sentiasa Fokus Pada Si Dia

Image result for handsome nerdy

Anda yang sedang dilamun cinta pasti ini akan lebih peka terhadap persekitaran sekeliling terutama apabila si dia yang anda cintai berada di kawasan tersebut. Mata anda akan sentiasa mencari peluang untuk menatap wajah si dia dalam diam dengan penuh fokus!

Nerdy atau tidak, gaya anda jatuh cinta sama seperti orang lain juga cuma anda lebih bijak dalam ‘menutup’ tingkahlaku diri dengan gaya bersahaja. Sampai bestfriend sendiri pun tak sangka rupa-rupanya anda dilamun cinta dan sedang memerhatikan si dia dengan ‘senyap’. Daebak!

Cuba Mengenali Cinta Hati Dengan Gaya Bersahaja

Foto – Taiwan News

Rasa segan mula menyelinap di setiap sudut hati anda tetapi dek kerana keinginan untuk mengenali si cinta hati, anda mula mengumpul segala keberanian untuk mengenali si dia tanpa menunjukan rasa gelisah mahupun segan. Dengan gaya bersahaja, anda mampu mengenali si cinta hati dengan lebih mudah seolah-olah ia berjalan dengan mudah dan lancar seperti air yang mengalir gitu!

IKLAN

Tonjolkan Minat Serta Kekaguman Terhadap Si Dia

Related image

Setelah mengenali si dia, anda mula melihat ke arah yang lebih baik dengan aspek pemikiran yang cerah dengan segala kebolehan serta keunikan dan kelemahan yang si dia miliki.

Anda mula secara perlahan-lahan menunjukan minat serta kekaguman diri terhadap si dia dan bermula dari situ perjalanan mengenali si dia secara mendalam bermula. Nah, siapa sangka individu nerdy memiliki cara hebat begini eh, menyerang secara senyap untuk mencapai target. Hehe.

Mulakan Langkah Dan Simpan Nombor Si Dia

Foto – videoblocks

Apabila anda melihat si dia juga memiliki simptom cinta seperti diri anda, jangan lepaskan peluang dan segera minta nombor telefon si dia. Setelah anda berjaya berada di tahap ini, anda mulakan langkah seterusnya untuk memanjangkan hubungan dan menguji sejauh mana hubungan diantara si dia dan anda akan berjalan.

Sama ada anda berjaya menjadikan si dia sebagai cinta hati dengan hubungan yang jelas maka teruskan mahu ke hadapan untuk membawa perhubungan ini ke arah yang lebih serius.

Tetapi jika anda tidak berjaya mendapatkan si dia dan hanya menjadi rakan biasa, anda jangan terlalu sedih kerana jodoh yang sesuai akan menanti anda. Sekurang-kurangnya anda akan menjadi lebih peka terhadap keinginan dan perasaan diri dan tahu bagaimana untuk melihat konteks perhubungan dengan jelas dan positif.

Foto – Koreaboo Tumblr

Apa-apa pun Wanista harap tips cinta ini dapat menjadi bekalan kekuatan untuk individu nerdy dalam mencari cinta hati masing-masing dengan penuh daya keyakinan diri dan bersahaja!