Kembara

Jom Mendaki Di Destinasi Terbaik Airbnb Di Asia Pasifik!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Jom Mendaki Di Destinasi Terbaik Airbnb Di Asia Pasifik!

Asia Pasifik menempatkan beberapa tempat mendaki yang terindah di dunia dengan pemandangan yang menakjubkan. Aktiviti mendaki kini kian menjadi semakin popular sebagai aktiviti hujung minggu atau percutian terutamaanya di kalangan pengembara yang berminat untuk berehat daripada kesibukan kota dan kerja.

IKLAN

Tambahan lagi aktiviti sebegini dapat mengekalkan kecergasan sambil meluangkan masa berkualiti dengan rakan-rakan dan orang yang tersayang.

Untuk makluman semua, pengalaman sukan (Sport Experiences) merupakan lima kedudukan teratas bagi kategori pengalaman Airbnb yang di tempah oleh pengembara dari seluruh dunia. Tempahan bagi kategori ini telah melonjak sehingga 380% sejak tahun lepas.

Foto – BT.com

Antara destinasi mendaki pilihan Airbnb buat semua pengembara daripada pendaki yang professional hinggalah ke amatur, merupakan destinasi yang sesuai dengan pengalaman mendaki serta penginapan unik yang boleh ditempah melalui Airbnb ini pastinya memberikan manfaat kepada si pendaki kerana para pendaki akan diberikan hos tempatan yang berpengetahuan yang dapat menunjukan destinasi trek yang luar biasa ini!

Berikut Antara Destinasi Mendaki Terbaik Airbnb

Pulau Jeju, Korea Selatan

Foto – Airbnb (Darangsi Oreum)

Pulau Jeju merupakan destinasi percutian domestik kegemaran rakyat Malaysia, Olle Trail menawarkan laluan pejalan kaki di sekitar perimeter pulau indah ini. Mendaki awal pagi menuju ke Darangsi Oreum bersama jurugambar profesional dan hos Airbnb iaitu encik He.

Meneroka pembentukan gunung berapi yang dinamakan sempena kawah yang berupa bulan purnama di puncaknya. (Darangsi bermaksud bulan dalam loghat tempatan Jeju).

Bagi pengembara yang inginkan kesegaran hutan, Healing Forest of Seogwipo merupakan tempat yang terbaik bagi mendapatkan udara segar dan nyaman. Selain itu, pengembara juga dapat merasai pengalaman menginap satu atau dua malam di rumah minimalis di sebalik kebun limau atau yang berhadapan dengan laut sebagai pilihan penginapan.

Pulau Pinang, Malaysia

Foto – Airbnb (Studio Rumah Kedai)

Pulau Pinang memiliki pemandangan tropika yang mengasyikan. Malah Pulau Pinang juga di kenali sebagai syurga makanan dengan pelbagai variasi makanan yang lazat. Selain itu, pengembara yang gemarkan pendakian yang mudah di dalam hutan maka Pantai Keracut adalah tempat yang bagus untuk pendaki. Ekspedisi yang diketuai oleh hos tempatan Airbnb iaitu encik Roslant yang memiliki pengalaman melalui laluan ikonik di pulau ini sejak sepuluh tahun yang lalu.

Pengembara juga dapat menikmati kopi yang di bru buatan sendiri sambil melawat tempat perlindungan penyu tempatan dan akhiri pengembaraan dengan menaiki bot untuk pulang. Dari aspek penginapan pula, pengembara akan tidur di studio rumah kedai di tengah-tengah bandar Georgetown. Manakala tiba di waktu pagi pengmbara dapat menikmati sarapan enak roti bakar kaya dan telur berhampiran Lebuh Campbell.

IKLAN

Nasogi, India

Foto – Airbnb (Lembah Gunung Nasogi)

Gunung Nasogi yang indah tersergam dengan kampung-kampung aneh yang unik, kuil tempatan dan dusun yang cantik menawarkan pengalaman pendakian yang tidak terhingga. Pengembara akan singgah ke rumah hos Airbnb iaitu encik Radha untuk menikmati hidangan Himachal sambil melihat pemandangan lembah gunung.

Kemudian aktiviti akan diteruskan selepas makan tengahari untuk ke hutan Plnus purba berhampiran yang menyembunyikan peninggalan tempatan yang dipercayai sebagai pelindung hutan oleh warga tempatan.

Untuk makluman, hos Airbnb iaitu encik Radha ini pernah bekerja sebagai penerbit televisyen selama 35 tahun Mumbai sebelum keluar daripada kehidupan bandar yang sibuk ke sebuah kampung sunyi bernama Kanyal. Dan kini encik Radha berhasrat untuk memberikan tetamu (para pengembara) pengalaman transformasi yang unik. Pengembara akan menginap di kotej butik milik encik Radha dan menikmati pemandangan lembah yang memukau dari balkoni persendirian anda!

Chiang Mai, Thailand

Foto – Airbnb (Gunung & Taman Negara Dol Inthanon, Chiang Mai)

Teringin untuk mendaki banjaran gunung Himalaya bersama jurugambar dan pakar trek Thai tempatan nah, apa kata anda mendaki gunung dan taman negara tertinggi Chiang Mai, Dol Inthanon yang dikenali sebagai Bumbung Thailand! Nikmati pemandangan indah air terjun dan ladang kopi sambil melalui hutan yang membawa pengembara terus ke tengah-tengah air terjun yang dipandu oleh hos tempatan Airbnb iaitu encik Bird.

Pengembara berpeluang merasai nasi organik tempatan dan makan tengahari yang ditemani dengan sawah padi yang memukau mata.  Setelah puas mendaki, pengembara akan singgah ke pasar komuniti dalam perjalanan pulang.

Kampung Seni Baankangwat yang terletak berhampiran kaki gunung Doi Suthep, Norn-Oon Lucklub Crafted Cottage ini menawarkan penginapan yang unik dan ganjil. Kotej ini sangat dekat dengan pasar pagi Ahad tempatan dan daerah Nimmanhemin yang kini dikenali sebagai Chiang Mai.

Hong Kong

Foto – Airbnb (Tai-Po)

Hong Kong terkenal sebagai pusat membeli-belah, bangunan pencakar langit dan cha chaan teng atau kedai teh dan baru-baru ini Hong Kong meraih populariti di kalangan pendaki kerana laluan Dragon’s Back yang menarik minat komuniti pendaki. Bagi yang mengunjungi Hong Kong, anda akan terokai Taman Negara Kam Shan yang dipandu oleh hos tempatan Airbnb encik Hayley.

Pendakian yang pendek dan indah ini sesuai bagi seisi keluarga untuk bersama-sama menikmati pendakian. Ibu bapa juga boleh membawa kereta sorong bayi! Bersama ahli keluarga dan anak-anak mendaki sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan.

Malah sepanjang perjalanan anda akan ditemani tupai, monyet dan burung. Selain itu, anda juga akan dapat melihat tasik jernih dan runtuhan bunker Perang Dunia II. Pada sebelah petang pula pengembara akan bertolak untuk menginap di Tai-Po yang selesa dan tenang serta memberikan pengembara pemandangan panorama pantai dan kampung nelayan yang mengasyikan apabila tiba waktu matahari terbenam.

Perth, Australia

Foto – Airbnb (Salvation Army)

Lebih dari tiga jam meredah belukar di tanah hutan yang indah berhampiran Perth, hos Airbnb encik Bob akan menunjukan kepada pengembara suasana flora yang menakjubkan termasuk pelbagai spesis pokok kayu putih dan bunga-bunga liar. Encik Bob seorang pendaki profesional dengan 1000km berjalan ke Bibbulmun Track dari Perth ke Albany. Oleh itu, pengembara akan berasa selamat dipandu oleh hos tempatan encik Bob bagi mengeksplor tempat-tempat menarik.

Pengembara akan menikmati makan tengahari di pub bersama dengan encik Bob di kafe atau kedai tempatan kemudian pengembara akan pulang ke tempat penginapan untuk berehat.

Tempat penginapan yang terletak di bangunan Salvation Army yang merupakan bangunan ikonik di tengah-tengah bandar. Rumah bandar dengan gaya warisan ini pastiakan memberikan suasana aman dan unik untuk pengembara berehat setelah seharian penat berjalan.

Foto – traveltripper.com

Jadi ayuh pilih destinasi pendakian yang anda minati dan semuanya ada di Airbnb untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang rasmi Airbnb di [SINI].