Kecantikan

5 Minyak Wangi Berbau Bunga Pilihan Wanista, Harga Murah Je!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
5 Minyak Wangi Berbau Bunga Pilihan Wanista, Harga Murah Je!

Percayalah secantik mana rupa dan penampilan seseorang, namun jika mengalami masalah bau badan, daya penarik individu terbabit tentunya akan jatuh merudum.

Tahukah berdasarkan kajian saintis, memakai minyak wangi bukan sahaja akan membuatkan mood si pemakai jadi lebih baik malah ia akan membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik dan yakin.

Baca : Benarkah Minyak Wangi Bikin Wanita Kelihatan Lebih Cantik?

Giphy

Bila kita bercakap bab minyak wangi, penulis pasti setiap daripada kita miliki haruman kegemaran – mungkin ada yang suka bau kayu-kayan, pedas, manis buah-buahan, segar bak buah lemon bahkan juga yang ceria daripada bunga.

Jadi siapa yang masih keliru nak cari minyak wangi daripada haruman bunga untuk yang tersayang, Wanista kongsikan beberapa yang best dan berpatutan harganya.

Kate Spade Live Colorfully

Live Colorfully, menetapkan mood penuh semangat menerusi gabungan buah mandarin untuk top note, di tengahnya ada sedikit campuran bunga gardenia dan air kelapa, menjadikan ia padanan yang cukup unik. Harga tertera ialah 100ml RM 373, 50ml RM 297 dan 30ml RM 220.

Foto – Amazon

Anna Sui Romantica

Miliki bau buah mandarin dan delima bila dihidu pertama kali. Di tengah pula gabungan rose, jasmine, orange blossom dan peony blossom menjadikan cukup romantik sekali. Harga murah di Lazada!

Foto – Pinterest

Cristal Royal Rose by Princesse Marina de Bourbon

Cristal Royal Rose merupakan minyak wangi wanita yang miliki bauan bunga dan buah. Di atasnya gabungan lemon, rose dan pear, di tengah pula freesia, violet dan peach manakala disudahkan dengan ambroxan, musk dan cedar. Teringin nak bau, dapatkan dengan harga berpatutan di Sasa Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Miss Dior Blooming Bouquet

One of the best floral fragrance! Semburan dari bau mawar segar dan peony, dilembutkan pula dengan bergamot dan white musk, menjadikan minyak wangi ini cukup sofistikated dan anggun. Nak jadikan sebagai hantaran, pergi sahaja ke Sephora.

Foto – Fragrance Outlet

NYC by Sarah Jessica Parker

Kegemaran penulis! Haruman fruity-floral gabungan daripada bunga osmanthus dan strawberi, memberikan personaliti yang sofistikated dan muda belia dalam satu masa.

Foto – Perfume NZ

Lima di atas adalah antara kegemaran penulis sendiri. Kalau anda nak cari yang lain dengan harga lagi berpatutan, rujuk artikel ini – Wanginya Bau, 10 Minyak Wangi Selebriti Paling Berbaloi Beli

Happy Shopping!