Info Menarik

Makin Berseri, Tak Puas Tengok Kemanisan Lisa Surihani Sejak Berhijab

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Makin Berseri, Tak Puas Tengok Kemanisan Lisa Surihani Sejak Berhijab

Seperti yang kita ketahui aktres berbakat Lisa Surihani kini memilih untuk berhijab sejak pulang menunaikan ibadah umrah. Syukur Alhamdullilah!

IKLAN

Yang penulis perasan Lisa kelihatan makin berseri dan manis bila mengenakan hijab, serinya lain macam cantik nak dibandingkan dengan sebelum ini. Kita yang perempuan terpesona melihat empunya diri yang kecil molek. Dipakai pula stail tudung ala Laudya Cynthia Bella maka nampak remaja dan langsung tidak seperti ‘ibu beranak dua’.

Menurut Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, dia masih berusaha untuk mencari hidayah dan membuat keputusan memakai hijab adalah bukan perkara mudah.

“Perkara ini bukan atas suruhan suami saya, tapi mungkin saya dapat rasakan yang dia ingin saya buat keputusan sendiri.

Ia bukanlah keputusan yang dilakukan semalaman, saya telah lama memikirkan tentang perkara ini, sebab saya berhijab juga adalah peribadi.

“Saya tak nak cakap saya mendapat hidayah, saya masih berusaha mencari hidayah, apa yang saya lakukan adalah berdoa agar sentiasa diteguhkan hati,” kata Lisa kepada Gempak.

Insyaallah kayuh perlahan-lahan. Yang pasti Lisa memang cantik berseri, team Wanista tak puas tengok dirinya yang putih gebu itu.

#1 Macam anak dara lagaknya

#2 Comel stail hijab Lisa.. Suka Wanista tengok!

#3 Kombo denim dah macam orang muda, memang stailo habis..

#4 Ya Allah sangat cantik ciptaan Mu

#5 Cantik semulajadi tanpa mekap

Apapun Wanista doakan semoga Lisa terus istiqamah hendaknya