Tips - Fesyen

Tips Gayakan “T-Shirt Putih” Agar Nampak Menarik Dan Stail

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tips Gayakan “T-Shirt Putih” Agar Nampak Menarik Dan Stail

Please don’t try too hard untuk nampak bergaya. Ingat tidak semua fesyen terkini yang sedang hangat sesuai digayakan oleh kita. Takut silap hari bulan nanti anda digelar mangsa fesyen pula. 

IKLAN

Tahukah item fesyen yang timeless adalah lebih selamat kala berfesyen malah anda juga tidak perlu update wardrobe setiap musim. Bercakap bab item fesyen yang timeless, penulis pasti setiap daripada pembaca miliki t-shirt putih. Item fesyen yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan boleh dipakai sepanjang zaman tanpa rasa jemu.

Agar penampilan kekal bergaya, Wanista kongsi styling tips paling mudah boleh anda ikut.

#1 Melabur untuk t-shirt putih dari fabrik yang berkualiti. Cari tee yang tahan lama walaupun selepas mencucinya beberapa kali.

Foto – Pinterest

#2 Untuk sentuhan nampak kelas, pilih pasangan yang berwarna putih agar memberi impak ke dalam penampilan. Sebagai contoh, padankan dengan seluar panjang rona putih atau krim.

Foto – Pinterest

#3 Tambahkan aksesori seperti barangan kemas, kalau boleh pilih yang bersaiz besar dan bold untuk nampak lagi stail.

Foto – Pinterest

#4 Seimbangkan gaya dengan skirt maxi agar kelihatan lebih feminin dan menawan.

Foto – Pinterest

#5 Agar tak nak kosong, suai padan dengan kot, blazer atau cardigan.

Foto – Hello

#6 Tuck in t-shirt putih agar nampak lagi stailo.

Foto – Quora

#7 Beri tumpuan pada kasut yang anda pasangkan dengan tee putih. Pilih yang sesuai dan selesa!

Foto – Pinterest

Siapa yang masih tak ada t-shirt putih, pergi beli sekarang!