Fesyen

Cantiknya Selena Gomez Tampil Koleksi Sneakers Baru “PUMA CALI Remix”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cantiknya Selena Gomez Tampil Koleksi Sneakers Baru “PUMA CALI Remix”

Seperti yang kita ketahui, selebriti kesayangan ramai Selena Gomez kini kembali lebih segar, bahagia dan sihat daripada biasa. Dan itu merupakan berita paling menggembirakan buat peminatnya ‘Selenators’.

IKLAN

Selena Gomez terkenal dengan gaya klasiknya, tetapi dia masih suka menyuai padan agar kekal trendy. Tampil vibe lebih segar dan cool, Selena sakan bergaya dengan koleksi kasut sukan PUMA CALI Remix yang baru dan menarik sepanjang musim panas.

Selena Gomez tampil dalam CALI Remix campuran warna rose, putih dan merah gelap.

PUMA CALI Remix

Puma memperkenalkan edisi Remix yang serba-serbi dengan warna baru lebih ghairah dan berani. Walaupun masih mengekalkan siluet asal dan ciri getah, CALI Remix mempunyai reka bentuk yang berwarna-warni dan campuran bahan suede, kulit dan paten. Agar tidak bosan, CALI Remix mengetengahkan warna-warna ceria seperti turquoise, hitam atau rose gold.

Foto – Puma
Foto – Puma
Foto – Puma

Koleksi CALI Remix dijual pada harga RM449 dan boleh didapati di semua platform bermula 15 Ogos ini.