Giveaway

Seram Gila! Jom Wanista Belanja Tonton Filem Indonesia “Death Whisper”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Seram Gila! Jom Wanista Belanja Tonton Filem Indonesia “Death Whisper”

Sutradara Awi Suryadi kembali dengan ciptaan lagi seram, “Death Whisper” sebuah ‘remake’ Indonesia dari filem Korea “Whispering Corridors” (1998) yang bakal berada di panggung 22 Ogos ini.

IKLAN

Filem ini meneroka kisah seram tentang pelajar bunuh diri disebabkan buli. Ia mengisahkan tentang dua orang pelajar baru, Alex dan Maggie, di sebuah sekolah tinggi eksklusif. Malangnya, mereka dibuli oleh pelajar lain, terutamanya Andre, Erika dan Fahri yang suka membuli Alex. Apabila trio itu memaksa Alex untuk melakukan ritual, kesilapan berlaku menyebabkan satu roh jahat mula mengganas di sekolah itu.

Trailer Death Whisper

Tayangan Death Whisper

Tempat – TGV 1 Utama

Tarikh – 19 Ogos 2019

Masa – 8.45pm

Dibarisi bintang hebat seperti Amanda Rawles, Angga Aldi Yunanda, Arya Vasco, Naomi Paulinda dan juga Teuku Ryzki. Ikuti kisah seram mereka dengan menangi sepasang tiket filem Death Whisper hanya dengan menjawab satu soalan mudah.

Soalan

“Death Whisper” adalah remake dari filem Korea bertajuk?

Syarat Pernyataan

  • Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
  • PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.
  • Jawapan boleh dihantar ke alamat email [email protected] dengan tajuk Death Whisper
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Nombor Telefon Pintar dan Alamat Rumah.
  • Peraduan ini hanya sah dari 13 hingga 18 Ogos 2019.
  • Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem Death Whisper pada 19 Ogos 2019 (Isnin) dari jam 8.00 hingga 8.30 malam di TGV 1 Utama.
Poster Death Whisper

Nak tahu kesinambungan filem ini, sertai Wanista sekarang!

IKLAN