Bagi peminat teh hijau pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk merasai makanan yang berinspirasikan teh hijau! Tambahan lagi jika anda seorang foodie tegar, anda wajib mencuba makanan-makanan yang di hasilkan menggunakan teh hijau. Siapa suka teh hijau kita geng!
Bagi yang kurang gemar makanan teh hijau, anda mungkin boleh mencuba merasai teh hijau yang memiliki rasa yang ringan dan tidak pekat. Berbalik kepada soal makanan berinspirasikan teh hijau ini, wanista tampilkan tujuh jenis manisan yang berasaskan teh hijau.
Jika anda melihat visual ketujuh-tujuh jenis makanan ini pastinya anda akan terliur dan terbayang-bayang akan bagaimana rasa makanan-makanan yang lazat ini! Jadi tanpa melengahkan masa jom kita lihat di bawah apakah tujuh jenis makanan yang bersumberkan teh hijau ini.
7 Makanan Berinspirasikan Teh Hijau
Matcha Gateaux Chocolat Parfait
Matcha Gateaux Chocolat Parfait ini mampu membuatkan foodie soft cream jatuh cinta dengan visual parfait yang menggiurkan ini! Mana tidaknya berlayer-layer bahan di susun cantik akan membuatkan anda berasa sayang untuk memakannya.
Matcha Gateaux Chocolat Parfait ini hadir dengan pelbagai sentuhan unik antara lapisan yang diletakkan di dalam parfait ini adalah kanten jelly, matcha syrup, vanila soft serve, cornflakes, red bean paste dan gateaux. Bagi yang ingin mencuba parfait ini anda boleh mengunjungi Nana’s Green Tea yang terletak di Mid Valley.
Green Tea Soufflè
Green tea soufflé kelihatan begitu mengancam dengan tekstur warna hijau soufflé yang terang serta aromanya yang harum dan manis membuatkan penggemar makanan manis tidak berhenti menelan air liur! Lihat saja taburan gula di atas Green tea soufflé ini sahaja sudah mengundang rasa.
Bagi yang ingin merasai keenakan soufflé ini anda boleh mengunjungi outlet makanan Franco yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur untuk merasai kemanisan rasa teh hijau soufflé yang lembut ini.
Green Tea Mille Crepe Cake
Kek yang berasaskan teh hijau dengan kombinasi kacang merah cukup memukau mata dan rasa. Mille crepe yang hadir dengan 25 lapisan ini menghasilkan sebuah kek yang cukup cantik. Mille crepe yang di susun berlapis-lapis ini menggunakan teh hijau sebagai bahan utama. Jika di lihat terdapat tiga lapisan di antara kek ini di sapu dengan krim teh hijau serta kacang merah.
Kombinasi teh hijau beserta dengan kacang hijau bukan lagi satu perkara yang pelik, malah kek ini juga menghasilkan rasa segar dan unik yang tersendiri. Bagi yang ingin mencuba rasa kek mille crepe ini anda boleh mengunjungi Arthur’s Hokkaido Mille Crepe Cake yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur.
Green Tea Tiramisu
Tiramisu! Tiramisu lover wajb cuba kek tiramisu teh hijau ini! Dari segi visualnya saja sudah cukup membuatkan foodie hunter cair apatah lagi mencubanya! Tekstur kek tiramisu yang lembut di tambah pula dengan lapisan tiramisu beserta kek chiffon teh hijau serta krim mascarpone menghasilkan aroma kek yang cukup harum dan mempersonakan.
Bagi yang ingin merasai kek tiramisu teh hijau ini anda boleh mengunjungi Tokyo Pastry yang terletak di dalam Avenue K. Tokyo Pastry menampilkan barisan manisan yang cukup mengagumkan dan sememangnya berbaloi untuk di cuba!
Green Tea Cream Puff
“Hey..hey.. says hello to cream puff!” Terbayang watak kartun yang memakai kostum cream puff sambil memegang cream puff yang gebu! Enaknya. Cream puff merupakan makanan yang di gemari ramai dengan saiznya yang besar, empuk, gebu dan paling penting isi krim yang banyak membuatkan peminat cream puff tidak berhenti menelan air liur!
Bagi yang ingin mecuba cream puff ini, anda boleh membeli di Papa Beard yang terletak di Mid Valley atau mana-mana cawangan Papa Beard yang berhampiran anda!
O-Matcha Soft Ice Cream
Jom makan aiskrim! Meh pekena aiskrim o-matcha soft ice cream. Di mana aiskrim ini di hidangkan di dalam cawan yang kemudiannya di isi dengan pelbagai aneka bahan. Antara bahan-bahan bagi menghasilkan o-matcha soft ice cream ini adalah, aiskrim teh hijau, cornflakes, pes kacang merah, love letter, buah ceri merah. Aumm, sedapnya!
Nak tahu mana nak dapat aiskrim teh hijau ini adalah di Tsujiri! Ya, di Tsujiri anda boleh mendapatkan o-matcha soft ice cream ini. Selain menu o-matcha soft ice cream ini terdapat pelbagai menu yang menarik di Tsujiri, jadi apa tunggu lagi dapatkan aiskrim teh hijau yang enak ini segera!
Noukou Matcha Ice Cream
Noukou matcha ice cream ini merupakan aiskrim teh hijau yang berkualiti tinggi. Mana tidaknya teh hijau yang digunakan adalah di import terus dari Jepun! Jepun sememangnya terkenal dengan penghasilan daun teh hijau yang ezotik serta memiliki orama daun teh hijau yang harum dan unik.
Dan apabila teh hijau yang berkualiti yang di bawa terus dari Jepun dan kemudian digunakan untuk dijadikan aiskrim ia memberikan satu rasa serta pengalaman yang cukup indah buat foodie hunter! Bagi yang ingin mencuba aiskrim berkualiti tinggi ini anda boleh mengunjungi Matcha Hero Kyoto yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur untuk merasai rasa aiskrim teh hijau yang enak ini.
Nah, bagi foodie hunter sekalian jangan lepaskan peluang untuk mencuba keenakan makanan yang berasaskan atau berinspirasikan oleh teh hijau ini. Tak rugi untuk belajar mencuba mana tahu esok lusa, anda jatuh cinta dengan perisa rasa makanan teh hijau!
Bon Appétit semua!