Kesihatan

Gigi Jarang Pun Cantiklah! Ni Sebab Kenapa Terjadinya Jurang Pada Gigi

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Gigi Jarang Pun Cantiklah! Ni Sebab Kenapa Terjadinya Jurang Pada Gigi

Jurang pada gigi atau gigi jarang boleh dianggap sebagai mimpi ngeri untuk setiap wanita. Rata-rata mereka berhabisan untuk memakai pendakap gigi bagi menutup kecacatan diri tersebut. Tapi ada juga yang ‘buat duit’ dengan kecacatan tersebut, seperti para supermodel, termasuklah Lily Aldridge, Lindsey Wixson dan ramai lagi.

IKLAN

Baca : Lupakan Braces! Ini Senarai Supermodel Ternama Yang ‘Buat Duit’ Guna Jurang Pada Gigi

Jadi isu di media sosial apabila aktres filem erotik Fifty Shades, Dakota Johnson mengejutkan netizen dengan imej baru tanpa gigi jarang. Dakota menjelaskan kerana kesakitan pada tengkuk telah menyebabkan giginya rapat dengan sendirinya.

Kenapa terjadinya gigi jarang?

Tahukah, dalam keadaan mulut yang sihat, gigi kita kekal ditempat yang sepatutnya melalui keseimbangan daya yang bertindak ke atas gigi. Gigi kita sentiasa dikenakan atau menerima daya tolakan dari pelbagai arah. Contohnya, lidah kita mengenakan daya tolakan yang akan mencuba menolak gigi keluar, tetapi daya tolakan ini dilawan dan diseimbangkan oleh daya daripada otot bibir yang cuba menolak gigi ke dalam. Hasilnya, gigi kita kekal ditempat asal.

Foto – dental solutions

Setiap batang gigi kita akan membantu gigi yang bersebelahan untuk kekal ditempat asal dengan cara tidak memberikan ruang untuk bergerak. Selain itu, gigi kita juga mempunyai ligamen-ligamen kecil (ligamen periodontal) yang berfungsi sebagai alat pautan gigi kepada tulang rahang. Ligamen ini turut membantu mengelakkan pergerakan gigi yang tidak normal.

Pergerakan gigi yang tidak normal berlaku bila terdapat gangguan kepada keseimbangan daya di dalam mulut. Ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, pergerakan yang tidak berkaitan dengan penyakit dan yang berkaitan dengan penyakit.

Pergerakan yang tidak berkaitan dengan penyakit

Punca utama pergerakan gigi jenis ini adalah ketiadaan gigi gantian yang sesuai selepas gigi dicabut. Apabila salah satu daripada gigi kita dicabut, maka wujud satu ruang kosong dalam susunan gigi. Jika gigi yang dicabut itu tiada penggantinya, lama-kelamaan gigi yang bersebelahan mungkin akan bergerak ke dalam ruang kosong tersebut.

Foto – Health

Pergerakan yang berkaitan dengan penyakit

Punca utama pergerakan jenis ini adalah Penyakit Gusi juga dikenali sebagai Penyakit Periodontal. Penyakit gusi adalah penyakit yang berupaya merosakkan tisu penyokong gigi. Secara amnya, tisu penyokong gigi kita terdiri daripada gusi dan tulang dan kerosakan kepada struktur penyokong ini boleh menyebabkan kehilangan gigi. Penyakit gusi ini disebabkan oleh kuman yang hidup dalam mulut kita. Kuman ini jika dibiarkan membiak dengan terlalu banyak akan mencetuskan proses keradangan gusi dan seterusnya kemusnahan tulang penyokong gigi. Pada peringkat ini, tulang penyokong gigi akan musnah dengan tindakbalas toksin dari bakteria dan gigi akan menjadi longgar. Lama-kelamaan gigi yang longgar ini akan menjadi jarang, dan kika terus tidak dirawat akan menyebabkan kehilangan gigi.

Foto – Myhealth

Rawatan 

Jika tidak memudaratkan, boleh dibiarkan. Tetapi jika ingin merawat kejadian gigi jarang, punca pergerakan gigi perlu dikenal pasti dan dirawat dengan sewajarnya. Sekiranya, pergerakan gigi disebabkan oleh penyakit gusi, maka ia perlu dirawat dan dikawal. Salah satu cara yang efektif adalah rawatan ortodontik untuk menyusun semula gigi jarang dan menggantikan gigi yang telah hilang sekiranya perlu.

IKLAN

Selamat Beramal!