Fesyen

RM62 Untuk Subang Mutiara, Rebut Jualan Murah Habib Jewels Sekarang!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
RM62 Untuk Subang Mutiara, Rebut Jualan Murah Habib Jewels Sekarang!

Adik, kakak, mak, mak cik… Wanista nak buat satu pengumuman paling best. Siapa yang tengah mencari barangan kemas untuk hantaran tunang, nikah dan sebagainya… inilah masanya!

Sempena bulan kemerdekaan, jenama terulung Habib Jewels mengadakan Pameran Merdeka Habib yang berlangsung selama 12 hari di Suria KLCC bermula dari 30 Julai sehingga 11 Ogos 2019. Diadakan juga Jualan Merdeka Habib di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019.

Jualan murah Habib Jewels sempena Kemerdekaan 2019. Foto – Arkib Wanista

Antara tawaran yang menarik adalah: –

  • RM 118 dan RM 462 untuk dua jenis loket emas 916 bermotifkan bunga raya
  • RM 118 untuk loket emas 916 Bendera Malaysia
  • RM 62 untuk sepasang subang mutiara
  • Kepingan emas seberat 2g bermotif bangunan bersejarah Malaysia
  • Potongan sehingga 70% untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih
  • Potongan RM8 hingga RM 20 segram untuk emas 916/999
  • Harga tertinggi untuk belian balik barangan kemas berlian dan emas
  • Hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit

Bukan itu sahaja, Habib turut memperkenalkan Koleksi Merdeka 2019. Koleksi yang direka khas ini sesuai digayakan oleh pelbagai bangsa di Malaysia untuk busana traditional baju kurung Pahang, Baju kebaya, Chongsam, Sari, Kadazan dan Sabah. 

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Koleksi Merdeka kali ini mengetengahkan rekaan rantai panjang “tassle” bertatahkan berlian dan permata yang bukan sahaja sesuai untuk baju kurung atau kebaya tetapi cantik dipadankan dengan saree dan juga Cheongsam.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer berkata,

“Erti kemerdekaan bermakna kita dapat menjalankan kehidupan harian dengan selesa. Bak kata Bapa Merdeka, Tun Abdul Rahman, Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dah demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya. Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keamanan yang dapat kita capai dengan negara yang berbilang kaum.”

Foto – Arkib Wanista

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini… Happy Shopping!