Kecantikan

Wow Membran Daripada Kulit Telur Digunakan Sebagai Masker!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Wow Membran Daripada Kulit Telur Digunakan Sebagai Masker!

Jangan terkejut membran daripada kulit telur digunakan untuk dijadikan sebagai masker muka. Ini adalah inisiatif kajian daripada jenama syarikat kosmetik terkenal dunia iaitu Dr.Morita. Dr.Morita yang telah berkecimpung selama 85 tahun di dalam bidang kecantikan ini telah membangunkan serta menjalankan kajian kecantikan dan menjadikan Jepun sebagai pusat penyelidikan yang utama.

IKLAN
Foto – Dr. Morita

Dr.Morita adalah pengeluar mask kecantikan yang berkualiti tinggi dan tiada tandingan. Produk masker yang di keluarkan memiliki gabungan diantara saintifik dan bahan-bahan semulajadi yang terbaik dan di sukai ramai dan sekaligus menjadikannya salah satu jenama yang paling laris terjual di Taiwan.

Foto – Dr.Morita

Dan kini Dr.Morita melancarkan produk mask yang terbaru dan mampu menarik peminat kecantikan wajah di Malaysia untuk menggunakan produk masker wajah yang unik ini.

Dr.Morita melancarkan tujuh variasi masker wajah terbaru dan paling laris di Taiwan dengan menggunakan bahan-bahan secara semulajadi sebagai inspirasi kecantikan, antara bahan-bahan semulajadi tersebut adalah mask daripada ekstrak membran kulit telur, yis sake, biji coix (Job’s Tears), petola (luffa), licorice dan ekstrak peria gunung.

Kebaikan Setiap Jenis Mask DR.Morita

Dr.Morita Tea Tree & Licorice Pore Refining Mask

Foto – Dr.Morita

Mask ini di formulakan untuk kulit berjerawat, ia menggunakan bahan aktif seperti tea tree, witch hazel, peria gunung, licorice, bergamot, serai dan aloe vera. Bahan-bahan ini dapat melegakan kulit wajah dan sekaligus mengurangkan saiz pori-pori secara semulajadi.

Dr.Morita Luffa & Amino Acid Moisturizing Mask

Foto – Dr.Morita

Mask ini di formulakan bersama asid hialuronik berpaten, ekstrak petola dan asid amino, ianya amat bagus untuk melindungi kulit kering daripada kesan-kesan penuaan. Mask ini sesuai bagi yang mencari-cari mask anti-penuaan.

Dr.Morita Anti-Oxidant Hydrating Facial Mask

Foto – Dr.Morita

Mask ini pula menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak mawar, biji coix dan timun agar ia dapat memberi kelembapan kepada kulit wajah secara mendalam dan sekaligus dapat memutihkan serta mencerahkan kulit wajah.

Dr.Morita Egg Shell Membrane & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask

Foto – Dr. Morita

Mask ini sangat menarik, mana tidaknya ia menggunakan membran daripada kulit telur di mana ia kaya dengan asid amino untuk melembapkan kulit. Manakala pati yis daripada sake pula mampu mencerahkan kulit agar wajah lebih berseri. Selain itu terdapat bahan semulajadi di gabungkan bersama seperti Royal Jelly yang juga kaya dengan asid amino yang juga bertindak untuk menyuburkan serta memudakan sel kulit wajah.

Tambahan lagi asid hialuronik berpaten juga di formulakan ke dalam mask ini bagi menghasilkan mask yang memberi kelembapan yang berpanjangan.

IKLAN

Dr.Morita Hyaluronic Acid & Sake Yeast Essence Moisturizing Facial Mask

Foto – Dr.Morita

Mask ini merupakan masker wajah yang paling laris di Taiwan kerana kombinasi di antara yis daripada sake, aloe vera dan ekstrak alga mampu memberi kelembapan yang berpanjangan serta mask ini juga dapat membuatkan kulit wajah menjadi cerah berseri.

Dr.Morita Revitalizing Essence Facial Mask

Foto – Dr.Morita

Mask wajah yang ini pula memiliki sebahagian serum intensif di mana ia mengandungi bahan-bahan aktif yang tinggi seperti formulasi asid hialuronik dan ekstrak kaviar. Kedua-dua bahan aktif ini mampu menjadikan kulit wajah kelihatan lebih muda dan anjal dengan penggunaan mask wajah secara kerap.

Dr.Morita Whitening Essence Facial Mask

Foto – Dr.Morita

Mask ini memiliki siri serum intensif yang mengandungi asid hialuronik yang berkualiti tinggi serta di gabung dengan kombinasi asid tranexamic bagi menghasilkan kelembapan dan mencerahkan pigmentasi pada wajah agar wajah tampak berseri dan sihat.

Siri Pembersih Wajah Dr.Morita

Foto – Dr.Morita

Selain menghasilkan produk mask yang berkualiti dan inovatif, Dr.Morita juga menghasilkan rangkaian buih pembersih wajah yang menarik yang di rumus khas bagi mengatasi pelbagai jenis masalah kulit yang terdapat pada wajah dan antara pembersih wajah yang di hasilkan oleh Dr.Morita adalah:

  • Dr.Morita Whitening Foaming Whip
  • Dr.Morita Hyaluronik Acid Foaming Whip
  • Dr.Morita Anti Acne Foaming Whip

Bagi yang ingin mendapatkan produk keluaran daripada Dr,Morita ini anda boleh mengunjungi farmasi Guardian yang berhampiran anda. Harga pasaran bagi produk mask Dr.Morita adalah RM23.58 sahaja. Manakala bagi rangkaian pembersih wajah Dr.Morita pula di jual pada harga RM27.90.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan mask serta pembersih wajah keluaran Dr.Morita untuk mendapatkan wajah yang anjal, berseri, muda, cerah dan sihat. Pastinya anda akan berpuas hati dengan keputusan yang bakal anda lihat nanti dengan menggunakan produk keluaran Dr.Morita ini.