akutekanan dan akupunktur telah diguna pakai di China beribu-ribu tahun lamanya, perubatan alternatif seperti ini sangat mujarap dalam memberi rawatan kesihatan kepada pesakit. Akutekanan merupakan teknik urutan tanpa jarum. Dan manakala akupunktur merupakan teknik rawatan menggunakan jarun halus.
Tetapi sebelum pergi jauh tentang akutekanan dan akupunktur, wanista akan menerangkan titik-titik penting atau saluran rangkaian yang terdapat pada seluruh badan.
Titik Punca Saluran Badan
Acupoint atau Akutitik merujuk kepada titik tekanan yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Akutitik merupakan meridian tenaga dan di percayai bahawa menerusi saluran-saluran yang terdapat di dalam tubuh badan memiliki aliran tenaga yang tidak dapat di lihat. Tenaga kehidupan yang di kenali sebagai Qi (Chi) ini memiliki 12 meridian untama yang menyambungkan organ atau rangkaian organ tertentu serta menyusun sistem komunikasi di seluruh badan manusia.
Meridian bermula daripada hujung jari yang kemudian bersambung ke otak dan kemudian bersambung ke organ dalaman yang berkaitan dengan meridian yang tertentu.
Akutekanan
Selepas mengetahui tentang meridian di dalam tubuh badan manusia, kini pencerahan mengenai akutekanan akan di huraikan secara ringkas dan padat. Rawatan urutan berdasarkan pada titik punca yang terdapat di dalam badan manusia amat bagus di lakukan. Ia umpama terapi fizikal dan mental yang bagus untuk anda.
Rawatan terapi yang menggunakan teknik urutan akutekanan ini mensasarkan titik punca yang di kenali sebagai:
- Local point
- Trigger point
Apa yang membezakan kedua-dua jenis titik punca ini adalah Local point merupakan titik punca yang terdapat pada tubuh badan manusia. Manakala trigger point pula merupakan titik yang bersambung kepada tubuh badan yang sakit atau tubuh yang tidak selesa.
Kedua-dua jenis titik punca ini merupakan pintu untuk pengamal perubatan untuk merawat masalah kesihatan pesakit.
Kebaikan Rawatan Akutekanan
Teknik akutekanan mampu membantu merawat masalah kesihatan pesakit. Antara kebaikan Rawatan teknik urutan akutekanan ini adalah:
- Melegakan tekanan dan kerisauan
- Memudahkan waktu tidur, melegakan otot dan sendi
- Melegakan rasa sakit dan ketidak selesaan atau kecederaan
- Mengurangkan masalah penghadaman
- Mengurangkan sakit kepala
- Melegakan rasa sakit dari penyakit kronik
- Membantu sistem imun dan kebolehan penyembuhan secara semula jadi
Akupunktur
Akupunktur menggunakan jarum yang bersaiz 1/10 lebih kecil dari jarum jahitan biasa. Jarum akupunktur ini kemudiannya akan di cucuk ke dalam titik punca yang terdapat di dalam badan manusia. Titik akupunktur yang terdapat pada badan manusia terlalu banyak dan antara titik-titik tersebut terdapat tiga titik punca yang sering di beri fokus oleh pengamal perubatan perubatan tradisional ini iaitu:
- Usus besar 4 (Ll 4) = Titik puncanya terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk anda.
- Hati 3 (LR 3) = Titik puncanya terletak di anatara jari kaki yang besar dan jari kaki ke dua. ianya kawasan yang sama seperti Ll 4 bezanya di titik punca untuk hati terletak pada kawasan jari kaki.
- Limpa 6 (SP 6) =Titik punca bagi limpa pula terletak di bahagian kira-kira tiga lebar jari di atas anklebone dalaman anda. Ia merupakan kawasan otot tender (calf) yang lebih rendah.
Ini baru sedikit titik punca untuk teknik akupunktur di lakukan. Terdapat banyak lagi jenis titik punca yang terdapat di tubuh badan manusia dan memiliki pelbagai jenis fungsi dan teknik rawatan akupunktur berdasarkan jenis masalah kesihatan yang dialami oleh pesakit.
Kebaikan Rawatan Akupunktur
Rawatan akupunktur sangat bagus digunakan kerana ia dapat memberi kelegaan dan antara kebaikan serta kelebihan melakukan rawatan akupunktur ini adalah:
- Mengurangkan tekanan
- Mengurangkan rasa sakit belakang, tengkuk, melegakan ketidakselesaan sendi
- Melegakan rasa sakit kepala
- Melegakan rasa tidak selesa di bahagian mata
- Meningkatkan tahap sistem imun
- Meningkatkan tahap kecergasan mental dan tenaga
- Melegakan masalah penghadaman
- Melegakan masalah alahan
- Mengurangkan keinginan merokok
Pusat Perubatan Yang Menawarkan Rawatan Akupunktur Dan Akutekanan
- Nik Omar Homeopathy & Acupuncture [SINI]
- The Tole Acupuncture – Herbal Medical Centre Sdn Bhd [SINI]
- Wan Seng Acupuncture Centre
- ISWANAH Health Care [SINI]