Tips

Siapa Sangka Syampu Bayi Boleh Lakukan 10 ‘Benda’ Ni… Genius!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Siapa Sangka Syampu Bayi Boleh Lakukan 10 ‘Benda’ Ni… Genius!

Pernah terfikir mencuci muka dengan syampu bayi? Atau cuci kereta? Tidak bukan… Tapi tahukah syampu bayi boleh memudahkan banyak perkara walaupun kandungan dan teksturnya yang ringan, serta tidak memudaratkan.

IKLAN
Gambar Hiasan. Foto- Pinterest

Wanista dedahkan 10 benda kamu boleh lakukan dengan syampu bayi.

#1 Cuci Muka

Sekiranya ia cukup lembut untuk kulit bayi anda, maka ia menjadi alasan yang cukup baik untuk anda gunakan pada muka juga. Ini juga adalah rahsia model Heidi Klum yang menggunakan syampu bayi sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan.

#2 Rawat Mata Merah, Gatal-Gatal

Mata merah, kelopak mata terasa gatal-gatal? Itu adalah jangkitan mata biasa yang disebabkan oleh bakteria. Sama sseprti jangkitan sinus, jangkitan mata boleh bertindak balas dengan baik dengan sedikit syampu bayi. Cukup tekapkan ke mata dengan tuala yang sudah dibasahkan dengan campuran syampu bayi bersama air.

Foto – Healthline

#3 Rambut Berwarna

Bagaimana mungkin sesuatu yang lembut digunakan pada mata dan hidung, bahkan cukup kuat untuk membuang warna pada rambut? Caranya hanya tambah sedikit baking soda ke dalam sedikit syampu bayi, dan gosok pada warna rambut. Ia mungkin mengambil masa untuk hilang tetapi percayalah memang menjadi.

#4 Barangan Kemas

Nak kilat dan bersihkan berlian, permata, mutiara, emas? Hanya campurkan satu drop syampu bayi dan air. Guna berus gigi lembut atau putik kapas dan bersihkan barangan kemas anda dengan penuh berhati-hati. Kemudian bilas dengan air sejuk dan air biasa dengan teliti.

Foto – Fields

#5 Cuci Dapur

Produk mandian bayi dirumuskan untuk membersihkan kulit bayi. Ini bermakna ia juga baik untuk membersihkan dapur anda. Oleh kerana dapur anda lebih tahan lama daripada kulit bayi anda, cuba mencampurkan serbuk penaik untuk pembersihan tambahan.

#6 Perabot Kulit

Nak bersihkan perabot jenis kulit, tidak boleh secara kasar kerana takut nanti fabrik makin rosak. Sebaliknya gunakan sedikit syampu bayi, dicampur dengan air dan sapukan dengan kain basah (jangan terlalu basah, suam-suam memadai). Tidak perlu dibilas.

Foto – Tumblr

#7 Fabrik Kashmir

Jika syampu bayi cukup lembut untuk rambut bayi, maka mengapa tidak untuk sweater dari fabrik kashmir? Cuci tangan dengan syampu bayi dan jemur secara merata hingga kering.

IKLAN

#8 Berus Mekap

Berus mekap sememangnya mahal, jadi anda harus menjaganya dengan berhati-hati. Untuk itu, anda boleh membasuh setiap berus dalam campuran syampu bayi dan air.

Baca : Genius Daiso Jual “Mesin Basuh” Mini Untuk Berus Mekap, Harga Pun Murah!

Foto – Amazon

#9 Kereta

Hanya campurkan dua penutup botol syampu bayi dalam baldi berisi air. Ia akan kelihatan berkilat dan serba baru, lagi satu kereta anda akan bau seharum bayi.

Mudahkan? Semoga tips ini bermanfaat kepada kamu sekeluarga.

Selamat Beramal!