Makanan

SALADSTOP Pilihan Menu Makanan Kesihatan Yang Menyihatkan

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
SALADSTOP Pilihan Menu Makanan Kesihatan Yang Menyihatkan

SALADSTOP merupakan rangkaian makanan kesihatan antarabangsa yang pertama di Malaysia. SaladStop menawarkan makanan segar yang berkualiti tinggi dan sekaligus menjadi perintis pengamal makanan sihat di Asia.

SaladStop yang kini telah membuka dua cawangannya di Malaysia iaitu di Pavilion dan Nu Sentral. Lokasi yang strategi di tengah-tengah pusat bandar dan kesibukan kota menjadi pilihan SaladStop bagi melebarkan sayapnya.

SaladStop yang tampil dengan cogan kata “Eat Wide Awake” memberi fokus tentang bagaimana makanan di hasilkan, dari perjalanan ke ladang-ladang tempatan sampai ke dalam mangkuk hidangan.

Foto – wanista

Kami amat berbangga untuk mendapatkan hasil tempatan sebanyak mungkin dengan penekanan diberikan kepada produk bermusimPengarah SaladStop, Katherine Desbaillets Braha

SaladStop menawarkan pelbagai pilihan salad segar, wrap, dan bijirin di mana terdapat lebih daripada 60 ramuan dan 20 jenis sos buatan sendiri. Dan antara menu signature di SaladStop ini adalah Hail Caesar, Earth Bowl atau Mamma Mia. 

SaladStop ini mula beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 9.30 malam. SaladStop mengendalikan lebih daripada 60 cawangan di seluruh dunia dan antaranya adalah di Singapura, Jepun, Filipina, Indonesia, Sepanyol, Hong Kong dan Vietnam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang rasmi SaladStop di [www.saladstop.com.my] atau anda juga boleh melawati laman sosial Facebook SaladStop [www.facebook.com/saladstopmy] dan ikuti perkembangan SaladStop di Instagram [@saladstopmy].