Fesyen

Lagi Cantik Dari Perempuan Tulen, Victoria’s Secret Rekrut Transgender Jadi Model

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Lagi Cantik Dari Perempuan Tulen, Victoria’s Secret Rekrut Transgender Jadi Model

Jenama pakaian dalam tersohor, Victoria’s Secret akhirnya merekrut model transgender bernama Valentina Sampaio. Sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini mereka melarang kemasukan model bersaiz besar dan berlainan jantina.

Berita ini meletus selepas Valentina memuat naik foto mengenakan jubah mandi dan meletakkan tag nama Victoria’s Secret di laman sosial Instagramnya.

Namun ini bukan kali pertama Valentina menceburi dunia fesyen. Terdahulu, model kelahiran Brazil telah menjadi muka depan untuk majalah Vogue Paris, sekaligus membuka ruang untuk golongan sebegini memenuhi impian mereka.

Agaknya apa yang menarik sehingga VS mengambilnya sebagai model?

Siapa Valentina Sampaio

Model transgender berusia 22 tahun dari Brazil ini memulakan kerjayanya di Minggu Fesyen São Paulo. Dia kemudiannya diletakkan dalam kempen iklan untuk kerjasama antara L’Oréal Paris dan Balmain pada 2017. Dia juga muncul dalam Vogue Paris untuk isu Mac 2017, menjadi model transgender pertama muncul dalam majalah prestij tersebut.

Sejak itu mukanya menghiasi ruang laman web koleksi Vogue yang lain seperti Brazil dan Jerman, majalah Elle Mexico dan Brazil serta Vanity Fair Itali dan Marie Claire Brazil. Kerjaya makin memuncak apabila Sampaio juga bekerja dengan jenama seperti Philipp Plein, Moschino, Pollini dan banyak lagi.

Reaksi Dunia

Ternyata perkhabaran ini mendapat sokongan ramai selebriti, termasuk pelakon dan aktivis Laverne Cox, yang memberi komen pada pos Instagram Sampaio, “Wow akhirnya!” Lain-lain seperti model VS sendiri, antaranya model Elsa Hosk , Lily Aldridge dan Gizele Oliveira. Bahkan netizen menggunakan media sosial menyuarakan  kegembiraan mereka mengenai berita itu.

Natural Beauty

My goodness, kenapa cantik sungguh Valentina ni…