Kembara

Pasangan Sejoli Wajib Tahu, 7 Fakta Gempak Tentang Kota Cinta Di Paris!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Pasangan Sejoli Wajib Tahu, 7 Fakta Gempak Tentang Kota Cinta Di Paris!

Kota Paris merupakan kota cinta yang terkenal di seluruh dunia. Mana tidaknya aura romantik memenuhi segenat ruang di kota tersebut! Nah, di mana-mana sahaja pastinya akan kelihatan pasangan sejoli berpimpingan tangan dan ada juga babak ciuman di lakukan tanpa perlu ada rasa segan ataupun malu!

IKLAN

Memang tepat sungguh dengan jolokan nama yang di beri iaitu “City of Love”. Tetapi selain tindak tanduk masyarakat yang sangat terbuka di dalam perhubungan, apa lagi yang membuatkan kota Paris ini di angkat tinggi sebagai kota cinta dan destinasi terbaik bagi pasangan yang bercinta?

Foto – The Local France

Nah untuk merungkai segala persoalan, wanista tampilkan 7 fakta gempak dan menarik tentang kota cinta, Paris ini khas untuk anda!

Kecantikan Kota Cinta

Foto – AESU

Kota Paris terkenal dengan keindahan reka bentuk serta struktur bangunannya. George Eugène Haussmann merupakan pereka yang mereka rekaan bangunan di bahagian Central Paris, di kawasan jalanan Montmartre dan juga Marais. Tidak hairanlah kota Paris merupakan kota tercantik yang tersenarai di seluruh dunia.

Bayangkan berjalan-jalan di sekeliling kota sambil berpimpingan tangan dan melihat keindahan kota yang romantik dan cantik ini pasti akan membuatkan anda berada di awang-awangan!

Dunia Filem Di Paris

Foto – Pinterest

Sebut saja Paris, pasti terbayang filem Funny Face lakonan Audrey Hepburn serta beberapa filem terkenal seperti French Kiss, Midnight in Paris dan An American in Paris. Ke semua filem-filem ini menghasilkan satu simbolik dunia cinta yang sangat kuat di kota Paris.

Justeru itu, gambaran ikon serta simbolik cinta di Paris merupakan gam yang cukup kuat terpahat di sanubari masyarakat dek penangan pelbagai filem yang di hasilkan.

Dengan memberi fokus style bandar yang memiliki aspek fesyen, seni dan barang kemas yang eksklusif menjadikan kota Paris sebagai platform dunia perfileman yang terbaik untuk genre cinta!

Restauran Yang Romantik

Foto – Discover Walks

Tahu tak di kota Paris ini memiliki lebih 40,000 jenis restauran dengan sejarah illustrasi gastronominya yang tersendiri! Kota Paris bukan sahaja menjadi simbolik kota cinta tetapi ia juga terkenal sebagai sumber inspirasi buat chef-chef di seluruh dunia!

IKLAN

Restauran-restauran di Paris memiliki rekaan serta sentuhan aura romantik yang cukup unik di manaia sukar di dapati di negara-negara lain.

Kombinasi tradisional yang elegan di susun kemas dengan ruang restauran yang luas, selesa dan berlatarbelakangkan arkitektur yang romantik menjadikan restauran di kota Paris ini kunjungan wajib buat pasangan yang sedang hangat bercinta!

Orang Paris Sangat Passionate!

Foto – The Paris Photographer

Jangan terkejut apabila anda ke sana, anda mendapati orang-orang di sana penuh dengan daya tarikan yang cukup unik! Mereka sangat ghairah dan sangat menggoda dan sikap yang di pamerkan oleh masyarakat Paris ini merupakan salah satu tarikan di kota Cinta ini.

Kualiti serta tahap menggoda mereka bukan biasa-biasa ini kerana mereka tidak takut untuk meluahkan rasa cinta mereka secara terbuka dan mengikut kata hati dengan serius. Dari sudut lain ia merupakan pesona masyarakat di kota Paris ini.

Je T’aime Perkataan Simbolik Paris

Foto – freeimages.com

Perkataan Je T’aime yang bermaksud “Saya sayang kamu” menunjukan personaliti masyarakat Perancis ini cukup sinonim dengan dunia cinta. Pada tahun 2013 bahasa Perancis pernah di undi sebagai bahasa yang paling seksi di dunia.

Lebih daripada 1000 perkataan yang telah di tafsir atau alih bahasa mendapati lebih kurang 34 patah perkataan mengenai cinta dan perkataan yang paling terkenal atau sering di gunakan adalah “Je T’aime”.

Padlocks Cinta Mendominasi Paris

Foto – cnn.com

Di kota Paris terkenal dengan simbolik padlocks cinta dan ini terbukti di dalam kota Paris sendiri di penuhi dengan beribu-ribu padlocks yang menjadi bukti cinta pasangan serta mengabadikan memori cinta dengan mengunci padlocks yang di sertakan nama pasangan, ucapan, tarikh peringatan dan sebagainya.

Kota Paris Kaya Dengan Sejarah

Foto – parisinsidersguide.com

Jika di lihat di zaman silam, kota Paris merupakan kota yang kaya dengan sejarah serta pelbagai kisah romantik, seni dan fesyen. Pelbagai penulis buku menulis tentang pengalaman romantik masyarakat Perancis sejak zaman berzaman.

Malah gaya hidup masyarakat kota cinta ini juga di abadikan di dalam penulisan untuk menjadi tatapan untuk generasi muda.

Foto – European Business Magazine

Begitu banyak gambaran serta simbolik yang menjadikan kota Paris sebagai kota cinta yang di minati di seluruh dunia. Dan ia juga merupakan destinasi yang paling ramai di kunjungi sepanjang tahun.

Jadi bawa pasangan anda ke kota cinta ini dan cipta memori serta pengalaman yang romantis bersama yang tersayang di sana! Serius tak rugi.