Kecantikan

Akhirnya Jenama Kosmetik Fresh Buka Kedai Di Mid Valley Megamall

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Akhirnya Jenama Kosmetik Fresh Buka Kedai Di Mid Valley Megamall

Siapa peminat jenama kosmetik Fresh? Produk seperti sugar lip treatment, rose mask, lotus face cream serta pelbagai lagi yang mendapat sambutan pengguna.

IKLAN

Selepas lama menanti, akhirnya pengguna Malaysia dapat bergembira selepas Fresh membuka kedai pertama di Malaysia yang bertempat di Mid Valley Megamall.

Fresh di Mid Valley Megamall. Foto – Arkib Wanista

Kedai baru dengan keluasan 527 kaki persegi telah direka dengan dekorasi yang sama seperti kedai utama Fresh di New York City Union Square, menyediakan persekitaran di mana tetamu tidak hanya membeli-belah malah merasai pengalamannya sekali. Konsep yang penuh segar membawa koleksi ikon seperti Rose Hydrating Skincare – yang memaparkan formula yang disemai dengan bunga mawar, Black Tea Firming Sincare – berdasarkan ubat purba yang ditanam di China dan Crème Ancienne Skincare – produk anti penuaan serta banyak lagi.

Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Tak perlu lagi ke Sephora, sekarang anda boleh dapatkan produk Fresh kegemaran di G-054, Ground Floor (Center Court), Mid Valley Megamall.

Foto – Arkib Wanista

Happy Shopping!