Fesyen

Tampil Bergaya Dengan Koleksi Naelofar Scarf Eksklusif Di Starbucks

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Tampil Bergaya Dengan Koleksi Naelofar Scarf Eksklusif Di Starbucks

Starbucks kini mengumumkan kolaborasi keduanya bersama usahawan dan pelakon terkenal Malaysia iaitu Neelofa. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor merupakan ikonik di Malaysia. Pelbagai kejayaan telah di kecapinya dan ini terbukti dengan kolaborasi di antara Starbucks dan Neelofa buat kali kedua.

Foto – Starbucks Malaysia

Dengan kolaborasi kali kedua ini, Starbucks X Naelofar Scarf Collection menampilkan koleksi selendang Naelofar yang eksklusif hanya di Starbucks! Menariknya selendang yang di hasilkan mengambil inspirasi menerusi warna-warna minuman di Starbucks seperti coklat, karamel dan teh hijau. Dan lahirlah selendang dengan warna-warna coklat terang, soft beige dan warna hijau pastel.

Foto – Starbucks Malaysia

Starbucks X Naelofar Scarf Collection ini menampilkan pakej yang cukup menarik dan comel di mana selenang eksklusif ini di letakkan di dalam replika tumbler Starbucks. Selendang eksklusif ini di perbuat daripada material heavy pleated chiffon dan selendang ini boleh di gayakan dengan pelbagai jenis gaya pemakaian!

Foto – Starbucks Malaysia

Koleksi selendang eksklusif ini boleh di dapati di Starbucks bermula 5 Ogos 2019 dan ke atas. Starbucks X Nealofar Collection ini di jual pada harga RM78 setiap satu dan RM1 bagi setiap pembelian selendang ini akan di dermakan ke pusat amal pilihan Neelofa. Sementara itu, Starbucks juga menjual patung Barista Harimau Malaysia Edisi Terhad dengan harga RM88.

Kedua-dua produk eksklusif ini boleh di dapati ke semua outlet Starbucks di seluruh negara, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang Starbucks Malaysia di [SINI].