Tips - Kecantikan

6 Jenis Buah Ini Mampu Mencantikan Rambut Anda Secara Semula Jadi

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
6 Jenis Buah Ini Mampu Mencantikan Rambut Anda Secara Semula Jadi

Sebenarnya untuk mendapatkan rambut kekal cantik bersinar dan sihat dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi adalah amat mudah sebenarnya kerana bahan-bahan dari sumber alam ini mampu memberikan rambut kita kekal berseri tanpa sebarang campuran bahan kimia.

IKLAN

Nak tahu sumber semula jadi tersebut? Wanista tampilkan enam jenis buah yang dapat membuatkan rambut kekal cantik berseri dan bersinar. Yang penting anda harus rajin menggunakan buah-buahan ini untuk mendapatkan rambut menawan dan bermaya!

Buah Pisang

Foto – healthyeating.sfgate.com

Buah pisang bukan saja boleh di gunakan untuk membuat smoothie yang enak tetapi buah ini juga mampu membekalkan rambut anda kekal cantik dan menawan dengan beberapa langkah yang mudah!

Untuk menggunakan buah pisang ini, caranya cuku mudah iaitu:

  1. 2 sudu makan minyak olive atau minyak kelapa dan madu yang kemudiannya di campur dengan pisang yang telah di lecekkan.
  2. Tambah 1 sudu makan mentega atau setengah cawan susu lemak berkrim.
  3. Setelah bahan di gaul rata, anda boleh letakkan di ubun-ubun rambut dan biar sehingga 30 ke 40 minit sebelum anda membasuh rambut anda.
  4. Untuk mendapatkan hasil yang menawan, lakukan dua kali sebulan untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat.

Buah Delima

Foto – Organic Facts

Buah delima yang juga di kenali sebagai buah syurga sering di sebut-sebut di dalam buku theologikal zaman purba seperti Babylon, Egypt dan juga China. Di mana negara-negara ini mengagumi kegunaan serta fungsi buah delima ini.

Buah delima ini kaya dengan asid punicic dan asid lemak omega 5 dan ini mampu membuatkan rambut kelihatan bersinar dan licin berkilat. Untuk menggunakan buah delima ini untuk rambut, caranya adalah:

  1. Gunakan minyak biji buah delima kepada rambut.
  2. Kemudian biarkan ia meresapi sehingga ke akar rambut selama satu jam sebelum membasuh rambut dengan menggunakan shampoo rambut yang ringan dan lembut.

Buah Anggur

Foto – Sari Roti

Buah anggur yang cukup segar dan manis ini mampu menjadikan rambut yang kusam, tidak bermaya dan tidak bersinar kembali cantik, kuat dan berkilat dengan menggunakan buah anggur.

Untuk mendapatkan kembali rambut menawan dan cantik berkilat, apa yang perlu anda lakukan adalah:

  1. Lecek buah anggur hitam dan biarkan ia seketika.
  2. Kemudian blender tepung chickpea dan serbuk fenugreek bersama untuk di jadikan pes.
  3. Campurkan ke semua bahan-bahan buah anggur yang telah di lecek beserta dengan pes yang telah di blender dan gaul rata bahan-bahan.
  4. Ambil pes buah anggur tersebut dan letakan di ubun-ubun rambut dan di kepala secara rata.
  5. Basuh rambut selepas 15 minit.
  6. Untuk dapatkan hasil yang menawan, lakukan kaedah ini dua kali seminggu dan lihat rambut semakin bersinar dan berkilat!

Buah Aprikot

Foto – Cintai Hidup

Buah aprikot merupakan buah yang sering di gunakan di dalam produk kecantikan dan kesihatan. Dan kini buah aprikot ini akan digunakan untuk menjadikan rambut anda kekal sihat, cantik dan sekaligus dapat membersihkan liang-liang pori di kepala agar ubun-ubun rambut dapat tumbuh dengan kuat dan bersih.

IKLAN

Berikut cara menggunakan buah aprikot di rambut anda:

  1. Letak beberapa titik minyak buah aprikot di tapak tangan dan kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun rambut sambil mengurut kepala.
  2. Biarkan ia selama beberapa jam sebelum membilas rambuh dengan bersih.

Buah Kiwi

Foto – FaktualNews.co

Buah kiwi merupakan buah yang kaya dengan nutrisi yang dapat membuatkan rambut untuk tumbuh dan menjadikan rambut yang kusam serta tidak bermaya kembali bersinar dengan menggunakan produk berasaskan buah kiwi.

Buah Apple

Foto – Hello Sehat

Pernah dengar tak “An apple a day, keeps the doctor away”. Ya begitulah perumpamaan yang menggambarkan keberkesanan buah apple terhadap diri manusia. Dan buah ini pula mampu mengatasi pelbagai masalah rambut yang anda hadapi seperti keguguran rambut, rambut kering dan rambut beruban!

Caranya mudah saja:

  1. Buat jus apple beserta kulit-kulitnya sekali.
  2. Lumurkan jus apple ke ubun-ubun rambut dan kepala.
  3. Basuh rambut selepas 20 minit dengan menggunakan shampoo yang ringan dan lembut.
  4. Lakukan kaedah ini dua kali seminggu untuk mendapatkan rambut yang menawan.
Foto – Deenamik

Di harap segala tips kecantikan rambut ini dapat memberi anda maklumat yang berguna dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan kuat! Selamat mencuba.