Kesihatan

IU Minum Jus Buah Delima Setiap Pagi, Ni Manfaat Kesihatan Kamu Kena Tahu

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
IU Minum Jus Buah Delima Setiap Pagi, Ni Manfaat Kesihatan Kamu Kena Tahu

Sebelum ini selebriti Korea IU mendedahkan dia mengamalkan diet ekstrem untuk menurunkan berat badan dalam jangka masa pendek.

“Saya makan epal untuk sarapan pagi, sedikit ubi kentang dan banyak minum air untuk makan tengah hari dan minuman shake protein untuk makan malam.

IU meletakkan usaha yang lebih kepada berat badannya berbanding yang lain apabila dia bersedia untuk muncul kembali dalam bidang nyanyian. IU jelaskan berat badannya naik ketika membintangi drama dan disebabkan itu dia berusaha keras untuk turun berat badan bagi kemunculan semula dengan album baru.

Foto – Hype Malaysia

IU Amal Jus Buah Delima Di Pagi Hari

Siapa sangkakan… Sekali lagi IU trending di media sosial apabila rutin kecantikan di pagi hari yang dilakukan untuk maintain sihat dan cantik dikongsi kepada peminat. Menurut IU, dia minum jus buah delima setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.

“Saya minum jus buah delima setiap pagi, saya meminumnya ketika perut kosong.

Bila ditanya, khasiat disebalik pengambilan jus buah delima ketika perut kosong, IU berseloroh ibunya yang menyuruh dia berbuat demikian kerana khasiat tersembunyi yang ada pada buah itu.

Sekiranya anda tertanya-tanya, buah delima mengandungi antioksidan dan vitamin yang akan membantu mengurangkan tekanan, mengurangkan keradangan, dan juga mencegah kanser, arthritis, penyakit jantung serta banyak lagi manfaat lain.

Manfaat Buah Delima

Mempunyai kesan anti keradangan – Keradangan kronik adalah salah satu pemacu utama penyakit yang serius. Ini termasuklah penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2, penyakit Alzheimer dan juga obesiti. Delima mempunyai ciri anti-radang yang kuat, yang sebahagian besarnya diantarkan oleh sifat-sifat antioksida daripada punicalagin. Kajian-ujian tiub telah menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan aktiviti keradangan di saluran pencernaan, serta dalam kanser payudara dan sel-sel kanser kolon.

Membantu melawan kanser prostat – Kanser prostat adalah sejenis kanser yang biasa terjadi dalam kalangan lelaki. Kajian makmal menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh memperlambat pembiakan sel kanser dan menyebabkan apoptosis, atau kematian sel, dalam sel-sel kanser.

Foto – Wiki

Boleh mengurangkan tekanan darah – Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu pemacu utama serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, individu yang mengalami tekanan darah tinggi mempunyai pengurangan tekanan darah yang ketara selepas mengambil jus buah ini sebanyak lima auns (150 ml) setiap hari selama dua minggu.

Membantu melawan arthritis dan sakit sendi – Arthritis adalah masalah biasa di negara-negara Barat. Terdapat banyak jenis yang berbeza, tetapi kebanyakannya melibatkan beberapa bentuk keradangan pada sendi. Memandangkan sebatian tumbuhan pada buah delima mempunyai kesan anti-radang, ianya berkemungkinan boleh membantu merawat arthritis.

Memperbaiki memori manusia – Terdapat beberapa bukti bahawa buah ini boleh meningkatkan ingatan. Kajian dalam kalangan 28 individu dewasa yang lebih tua dengan masalah memori mendapati bahawa 8 auns (237 ml) jus buah delima setiap hari memperbaiki tanda-tanda memori lisan dan visual secara signifikan. Kajian pada tikus menunjukkan bahawa buah ini boleh membantu memerangi penyakit Alzheimer.

Foto – Headline

Baik untuk pencernaan – Jus buah ini boleh mengurangkan keradangan dalam usus dan memperbaiki pencernaan. Ia mungkin memberi manfaat kepada individu yang mempunyai penyakit Crohn, kolitis ulseratif, dan penyakit usus radang lain.

Walaubagaimanapun, sebelum anda mengikut cara IU, pastikan anda mendapat nasihat pakar terlebih dahulu kerana tidak semestinya yang baik untuk IU, baik untuk anda juga.

Selamat Beramal!