Fesyen

Cantik Sangat, 8 Fesyen Karpet Merah Song Ji Hyo Paling Wanista Obses

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cantik Sangat, 8 Fesyen Karpet Merah Song Ji Hyo Paling Wanista Obses

Masih peminat program variety Running Man?

IKLAN

Kita sedia maklum Song Ji Hyo dalam Running Man berperwatakan ‘selenga’ dan lucu tetapi cukup kuat sehingga mengejutkan ahli yang lain. Ji Hyo juga sering dilihat tanpa sebarang solekan dan selalu berpakaian kasual serta santai, pilihannya tentu sekali t shirt, skinny jeans dan sneakers. Terfikir juga bagaimana agaknya penampilan aktres 30-an di karpet merah. Yang pasti Ji Hyo kelihatan luar biasa dan cukup gorgeous sekali.

Ketika Mama 2017, Ji Hyo paling menyerlah sekali! Wanita manis ini mengenakan dress silhoutte hitam dan biru, jarang di bahagian paha, pinggang, bahu dan payu dara, membuatkan ramai melopong melihat penampilannya yang daring dan hot.

Foto – Koreaboo

Baca : Song Ji Hyo Buat Penonton Melopong Dengan Dress Seksi Di Mama 2017

Ketika menghadiri sesi press conference drama ‘Chun Myung’ yang dibintanginya, Ji Hyo tampil  dress putih detail transparent di bahagian dada dan pinggang. Ji Hyo memasangkan dengan tumit tinggi warna senada.

Foto – Pinterest

Song Ji Hyo memilih ensemble lace rona biru laut dipadankan dengan sepatu berlabuci krim. Untuk solekan pula sekadara ringkas dengan ‘no makeup look’ dan gincu fuchsia keunguan untuk memberi kontra.

Foto – Pinterest

Alahai kenapa manis sungguh Ji Hyo dalam persalinan merah jambu… Ji Hyo memasangkan blouse dan skirt merah jambu bersama sepatu kuning keemasan.

Foto – Pinterest

Bagaikan bidadari dalam gaun hitam off-shoulder, rambut panjang beralun dibiar tanpa dandanan dan seperti biasa bersolek ringkas.

Foto – Pinterest

Katanya Ji Hyo trending ketika menghadiri Weibo Award Night. Semuanya gara-gara penampilan meletop dalam gaun baldu rona biru diraja.

Foto – Pinterest

Kali ini gaya feminin jadi pilihan Ji-hyo ketika menghadiri sidang akhbar drama Emergency Boy and Girl. Ji Hyo mengenakan dress A-line putih dari lace dan bersolek ringkas dengan memakai gincu bibir rona merah.

Foto – Twitter

Sesekali Ji Hyo tampil seperti idol pula dengan dress mini. Ji Hyo memilih dress pendek bercetak ketika menghadiri 2013 SBS Entertainment Awards. Dia memadankan dengan tumit tinggi dari rona biru.

Foto – Pinterest

Sebenarnya banyak lagi tapi LAPAN di atas paling penulis suka.

Foto – Twitter

Seksinya Ji Hyo…