Tiba-tiba dapat panggilan telefon ibu tersayang dalam perjalanan ke rumah bujang anda. Oh God! Terus kelam-kabut bersihkan rumah yang bagai tongkah pecah. Ruang tamu tak terurus, bilik air ke mana, dapur pun agak dah berlumut bilik tidur janganlah cakap.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk tinggal bersendirian, anda perlu tahu beberapa tabiat buruk yang perlu dielakkan, iyelah anda mesti tak mahu dilabel anak dara pemalas, pengotor. Silap hari bulan tak ada orang datang masuk meminang. Gurau je!
1. Membiarkan dekorasi rumah begitu sahaja tanpa mengemasnya – Sebagai contoh, dekorasi hari raya masih terbiar begitu sahaja tanpa mengemasnya, balang kuih raya masih lagi tidak bersentuh dan terbiar di kabinet rumah. Hiasan kad hari raya di dinding masih elok tergantung tanpa ada sesiapa yang ringan rulang mengemasnya. Jadi, kemas sekarang!
2. Tidak cuci pinggan mangkuk – Ini merupakan sikap yang menjijikkan, daripada anda membiarkan pinggan mangkuk makin meninggi apa kata ringankan tangan mencucinya. Kehidupan anda akan menjadi lebih mudah dan senang!
3. Persekitaran bilik tidur yang kotor seperti cadar, tuala, bantal – Tahukah anda sarung bantal dan cadar tilam merupakan punca kepada pertumbuhan semula jerawat. Anda tidur seperti biasa dan tanpa sedar pembiakan bakteria di sarung cadar atau sarung bantal berlaku. Untuk mengelakkan jerawat yang disebabkan tempat tidur, cuba tukar cadar dan sarung batal seminggu sekali ataupun dua kali seminggu.
4. Makan atau minum straight dari bungkusan – Air jus limau terus diteguk minum tanpa menuang ke dalam gelas. Kerepek pisang tidak disalin ke dalam bekas plastik tetapi terus dibuka bungkusan dan makan begitu sahaja. Mesti anda pernah lakukan semua ini bukan, jika tidak ditegur memang anda tidak akan buat.
5. Anda terkurung di dalam rumah – Ini merupakan tabiat yang tidak elok. Ya, anda sayang dan suka duduk rumah tetapi takkanlah langsung tidak keluar rumah hirup udara segar. Tonton drama kegemaran berulang kali, meja penuh dengan makanan ringan. Ini hanya membuatkan anda menambah berat badan dan jadi lebih malas.
6. Kuat makan – Tabiat ini sama seperti tabiat nombor 5, mungkin tiada sesiapa yang tegur jadi anda makan sesuka hati tidak kira waktu. Ladies, jangan lakukan ini.
7. Tidak membersihkan bilk air dan dapur – Ini merupakan tempat-tempat yang anda gunakan setiap hari. Takkan nak biarkan bilik air berlumut, dapur melekit? Ambil baldi, mop, floor cleaner dan mulakan langkah. Jika anda tak dapat lakukan, gaji seorang maid.
8. Tidak cuci baju, tidak buang sampah – Anda kena buang sampah setiap hari. Cuci baju setiap hujung minggu. Kalau baju kotor sudah seperti Gunung Everest, pergilah cuci! Pentingkan kebersihan bila tinggal bersendirian.
9. Pemalas dan kerap tidur – Tidur adalah baik, tetapi tidur di atas sofa selepas anda baru bangun tidur dari bilik tidur adalah tidak baik sama sekali. Malah, ianya akan menjadikan anda malas dan lemah sekali.
10. Malas memasak – Alasannya anda tidak tahu memasak, jadi untuk mudah hanya telefon delivery sahaja. Sekali-sekala boleh tapi kalau setiap hari macam ini, memang bankrup la jawabnya. Tak mampu masuk kelas, boleh belajar dekat Youtube, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi video di internet. Bukankah zaman sekarang semuanya di hujung jari sahaja?
Kalau anda seperti senarai di atas, cuba secara perlahan tukar gaya hidup. Insyaallah lama-kelamaan anda akan jadi lebih berdisiplin.