Kesihatan

Tahukah Anda Bahawa Bibir Merupakan Fail Rekod Kesihatan Diri!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Tahukah Anda Bahawa Bibir Merupakan Fail Rekod Kesihatan Diri!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bibir merupakan salah satu anggota badan yang memiliki segala rekod kesihatan diri! Cuba lihat pada bibir anda sendiri, ada tak tanda-tanda bibir mengelupas, tona warna bibir tak sekata atau pucat. Mesti anda sangka ianya berlaku kerana kurang minum air bukan?

IKLAN

Itu merupakan salah satu faktor darinya dan dalam masa yang sama ia juga merupakan pemegang rekod fail kesihatan diri anda juga. Tak sangka bukan, bibir merupakan pintu rahsia terhadap tahap kesihatan anda.

Menurut Hari Simran Khalsa yang merupakan pengamal Ayurvedik, penyembuh dan guru yoga Kundalini berkongsi mengenai peranan bibir terhadap kesihatan diri manusia;

Bibir atas mewakili paru-paru, thyroid, jantung, perut, hati dan buah pinggang. Manakala bibir bawah mencerminkan usus manusia. – Hari Simran Khalsa

Foto – larutadelsorigens.cat

Jom kita lihat tanda-tanda yang di keluarkan oleh bibir anda tentang kesihatan diri anda!

Bibir Kering/Pecah

Foto – HonestDocs

Bibir yang kering atau pecah menandakan tubuh anda mengalami dehidrasi, tekanan, kebimbangan, rasa takut dan juga kerana perubahan iklim. Oleh itu, banyakan minum air masak serta bebaskan diri anda dari segala belenggu tekanan dan gusar dengan melakukan aktiviti yang segar seperti berkelah, mengunjungi spa, dan aktiviti yang menyihatkan.

Bibir Retak/Mengelupas

Foto – Bidadari.My

Bibir yang menunjukan tanda seperti retak dan mengelupas pula menggambarkan rasa sakit hati, kerisauan, rasa kering di dalam badan dan merasai kesejukan. Selain itu bagi individu yang memiliki bibir retak atau mengelupas ini juga sering mengalami anemia.

Oleh itu, jika anda ingin merawat masalah ini caranya juga mudah. Jaga pemakanan, ambil vitamin seperti B2, iron dan zinc. Tambahan lagi, untuk pemakaian di bibir pula, anda boleh gunakan minyak atau balms seperti aloe vera atau jeli petroleum.

Bibir Tidak Berwarna/Warna Pudar

Foto – PortalMadura.com

Jika bibir anda telah kehilangan warnanya atau pudar, ini menunjukan bahawa di dalam diri anda kekurangan saluran darah di ke seluruh badan. jika ini berlaku, anda di sarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan dan khidmat nasihat.

IKLAN

Bibir Berasa Panas/Terlalu Merah

Foto – Hello Sehat

Ini menunjukan berlaku keradangan atau terlalu banyak haba di dalam badan seperti memakan makanan yang terlalu pedas, pengambilan gula terlalu banyak, alkohol, atau kafien. Dari aspek lain ia juga melibatkan masalah emosi dalaman seperti cemburu, marah, kebencian, dan berasa jengkel.

Jika ini berlaku ke atas diri anda, mungkin anda boleh cuba muhasabah diri dengan mencari ketenangan diri bagi aspek rawatan emosi. Manakala untuk kesihatan diri, jaga pemakanan anda dan jika bibir anda menunjukan tanda seperti rasa panas atau warna merah yang melampau, di nasihatkan anda berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang bersesuaian.

Bibir Di Bahagian Atas Berkedut

Foto – Dental Wellness Group

Jika bibir di bahagian atas anda menunjukan tanda seperti kedutan ia mungkin bermaksud anda memiliki masalah secara fizikal, masalah tekanan mental, mempunyai rasa jengkel, risau, takut atau anda merupakan seorang perokok.

Jika ini berlaku, ambil langkah pendekatan dengan bermeditasi bagi mengurangkan tekanan emosi yang di alami dan untuk bibir pula, anda boleh merawat bibir dengan menggunakan lip balm yang dapat memberi hidrasi yang tinggi.

Foto – Hello Sehat

Jika anda memiliki petanda atau gelaja yang di nyatakan seperti di atas, apa yang boleh anda lakukan adalah sentiasa pastikan anda minum air dengan kerap kerana dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ini boleh menyebabkan bibir anda tidak sihat. Dan pastikan anda memakai lip balm untuk mengelakan bibir dari selalu kering.

Manakala bagi masalah kesihatan dalaman diri pula, anda boleh merawatnya dengan bermeditasi serta melakukan aktiviti yang dapat melepaskan diri anda dari segala belenggu masalah dan tekanan. Di harap segala perkongsian dapat memberi manfaat untuk anda semua.