Daesung yang merupakan ahli kumpulan kumpulan K-pop terkenal BIG BANG ini, telah di laporkan menjual bangunan miliknya di Gangnam di mana kegiatan aktiviti haram di lakukan di dalam bangunan miliknya.
Menerusi laporan yang di kongsikan oleh Channel A, bangunan tersebut telah di pasarkan di pasaran dengan harga penjualannya sebanyak 40 billion won ($33.5 juta) di mana Daesung mendapat untung bersih dari harga penjualan sebanyak 5 billion ($4.2 juta).
Wartawan yang menyamar sebagai pembeli telah menemui broker demi untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan isu ini. Menurut broker berkenaan, mereka cuba menjual bangunan tersebut secepat mungkin berikutan skandal isu aktiviti perniagaan pelacuran yang masih hangat di perkatakan.
Daesung yang secara tiba-tiba membuat keputusan untuk menjual bangunan miliknya adalah kerana di ketahui terdapat rancangan ingin melaporkan kegiatan aktiviti haram yang berlangsung di dalam bangunan miliknya itu.
Broker yang di temui oleh wartawan Channel A tersebut juga menyatakan bahawa YG Entertainment juga terlibat sama di dalam urusan penjualan bangunan milik Daesung ini meskipun syarikat hiburan terbesar Korea itu menafikan penglibatan mereka.