Fesyen

LEVI x HELLO KITTY Keluarkan Barangan Koleksi Edisi Terhad Ogos InI!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
LEVI x HELLO KITTY Keluarkan Barangan Koleksi Edisi Terhad Ogos InI!

Siapa yang tidak kenal dua jenama terkemuka dunia ini, LEVI’S® dan juga HELLO KITTY®. Kedua-dua jenama besar ini memiliki keluaran produk yang sememangnya menjadi gilaan ramai dan kini kedua-dua nama besar ini bernaung bersama sempena ulang tahunnya yang ke-45 dengan menampilkan Levi’s® x Hello Kitty®.

Pejam celik telah hampir separuh abad Hello Kitty® menakluki budaya pop dunia. Bukan saja ia telah menjadi salah satu watak comel kesayangan dunia malah ia juga menjadi simbol ikonik nostalgia dan ikon budaya yang ‘cool’.

Dengan kolaborasi di antara Levi’s® dan Hello Kitty®, pelbagai produk edisi terhad telah di keluarkan. Dan rekaan yang di hasilkan ini menampilkan sentuhan estetika gaya jalanan sebagai konsep utamanya.

Antara produk edisi terhad yang di keluarkan adalah kemeja-T, helaian padanan luar dan denim, Dad Trucker longgar bersama tampalan Hello Kitty® serta beg Tote dengan cetakan Hello Kitty®.

Foto – Levi’s x Hello Kitty (Denim)
Foto – Levi’s x Hello Kitty (Straight Ankle dan Dad Trucker)

Ke semua produk ini di meriahkan dengan watak popular dari negara matahari terbit tersebut. Tetapi jika di lihat di antara ke semua produk edisi terhad yang ada, yang bakal memukau pandangan mata pastinya Levi’s® Baggy Overalls yang di serikan dengan cetakan Hello Kitty® pada keseluruhan fabrik.

Foto – Levi’s x Hello Kitty (Baggy Overalls)

Dengan keluaran edisi terhad dari dua nama besar ini, pastinya akan membawa sesuatu yang baru di dalam industri fesyen, budaya pop dan sekaligus menjadi simbolik kepada peminat tegar dua jenama besar dunia ini.

Koleksi Levi’s® x Hello Kitty® akan di lancarkan pada 9 Ogos 2019 dan anda boleh dapatkan keluaran edisi terhad ini di butik Levi’s® yang terpilih di seluruh Malaysia dengan harga di antara RM69 hingga RM399. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Levi’s® [SINI] atau laman sosial media Facebook Levi’s [SINI].