Cinta & Perhubungan

Serius Tak Rugi Dating Dengan Orang Scandinavia!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and novel as my battery, even a lazy cat can become cannon folder to write its masterpiece!
Serius Tak Rugi Dating Dengan Orang Scandinavia!

Tahu tak orang Denmark atau scandinavia ni straight forward tau! Tapi sikap macam ni lah perlu di dalam perhubungan. Dan budaya orang Scandinavia sendiri telah melahirkan masyarakat dengan sikap yang terbuka, romantik, dan ceria! Tambahan lagi, orang Scandinavia juga memiliki aspek yang unik terutama di dalam percintaan!

Nak tahu apa kelebihan bercinta dengan orang Scandinavia ini, mari bersama-sama wanista menelusuri ciri-ciri atau fakta menarik hubungan percintaan masyarakat Scandinavia ini.

#1 Sentiasa On Time

Foto – fineartamerica.com

Nah, apabila berpacaran dengan orang Scandinavia ni, mereka akan datang tepat pada waktunya mengikut apa yang telah di janjikan sebelum untuk keluar dating! Mesti rasa agak tipikal mana-mana pasangan yang lain, tetapi mereka mementingkan aspek masa tau!

So bagi si pasangan yang dating orang Scandinavia baik perempuan mahupun lelaki, sampai tepat di tempat yang di janjikan untuk keluar dating ni penting juga tau. Lagi pun, sampai tepat pada waktu merupakan nilai yang positif dan harus menjadi ikutan bagi semua pasangan yang sedang hangat bercinta!

#2 Semua Sama Setaraf

Foto – Shutterstock

Bagi orang Scandinavia, mereka layan pasangan mereka sama taraf dan tidak memperlekehkan darjat, warna kulit, dan budaya. Ini kerana di dalam perhubungan semuanya haruslah di terima dan bukannya di bandingkan ataupun di beza-bezakan. Oleh itu, pasangan yang bercinta dengan orang Scandinavia ini akan berasa aman dan tentera tanpa perlu fikir jaringan perbezaan!

#3 Bawa Tempat Dating Yang Mencabar!

Foto – millennialmagazine.com

Pasangan yang bercinta dengan orang Scandinavia ni kena ada tough sikit tau! Sebab apa mereka gemar bawa pasangan mereka ke tempat-tempat yang mencabar. Ala, macam aktiviti sukan lasak gitu. Tapi bagi yang memiliki minat yang sama, pastinya anda akan berasa serasi dan berasa tempat dating yang anda pergi ini adalah tempat yang terbaik sekali! Wah, hebat betul.

#4 Berani Ambil Langkah Pertama

Foto – achatmediaserver.com

Hah, ni menarik budaya orang Scandinavia ni unik tau! Baik si perempuan atau lelaki masing-masing berani ambil langkah pertama untuk meluahkan rasa hati kepada crush masing-masing! Jadi jangan terkejut pula ada yang meluahkan rasa cinta kepada anda!

#5 Saling Bertoleransi

Foto – The Wondering Gourmet

Satu aspek yang di pandang unik bagi pasangan yang bercinta dengan orang Scandinavia ini adalah, jika keluar dating mereka akan saling bertoleransi dari aspek perbelanjaan. Contohnya, ketika keluar makan tengah hari si jejaka yang bayar semuanya dan apabila untuk makan makan malam pula si gadis pula yang membelanja. Jadi penting dalam perhubungan untuk saling toleransi terutama aspek kewangan dan perbelanjaan.

#6 Sangat Straight Forward

Foto – weheartit.com

Tahu tak orang Scandinavia ini sangat straight forward tau terutama di dalam perhubungan. Meskipun sikap yang terlalu straight forward mampu membuatkan pasangan berasa annoying tetapi ia adalah sikap yang bagus kerana jika ada isu atau masalah yang berlaku, mereka akan meluahkan dengan secara terbuka dan terang-terangan tanpa sebarang rahsia!

#7 Punya Nilai Adab Ketimuran

Foto – House Beautiful

Percaya atau tidak, masyarakat Scandinavia juga punya sedikit adab ketimuran di mana mereka akan membuka kasut sebelum masuk ke rumah! Tidak seperti biasa mana-mana negara di sebelah barat yang sememangnya memakai kasut di dalam rumah. Jadi dengan budaya dan sedikit aspek ketimuran seperti ini, ia juga bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, tak perlu runsing dengan gaya hidup mereka kerana mereka juga seperti kita yang membuka kasut sebelum masuk ke rumah.

Foto – Shutterstock

Jadi bagi yang punya kenalan dari Scandinavia ini, dan berpeluang berpacaran dengan mereka sememangnya bertuah! Apa-apa pun, di dalam perhubungan anda harus saling menerima baik, buruk dan budaya dirinya serta memahami pasangan adalah aspek yang paling utama!