Asal London tapi mengetengahkan ayam goreng Korea… menarikan konsepnya?
Tapi itulah dia Wing Wing yang baru sahaja membuka kedai pertama di Pavilion KL. Bukan ayam goreng biasa-biasa, ternyata Wing Wing juga miliki keistimewaan yang tersendiri.
Ayam Goreng Paling Rangup Wanista Pernah Makan
Jenama ini diasaskan oleh ‘London Chicken Elite’, dan bertujuan untuk menyajikan ayam goreng paling segar pernah anda makan. Setiap pagi ayam yang baru sampai akan dibersih – diasing – diperam dengan tangan menggunakan bahan-bahan terbaik termasuk tepung Perancis dan rempah semulajadi. Pada mereka teknik peraman menggunakan tangan ini memberi kesan enak, sama rata serta rangup yang mampu menggamit deria rasa di pemakan. Wow sampai begitu sekali ye.
Terdapat dalam tiga perisa untuk setiap ayam goreng yang hanya terdiri daripada bahagian sayap dan paha – pedas, bawang putih dan liquorice (akar manis). Liquorice kurang dikenali oleh rakyat Malaysia, merupakan herba Mediterranean kuno yang telah digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan selama ribuan tahun, dan merupakan salah satu perisa Wing Wing paling istimewa. Ia mempunyai rasa yang unik, semulajadi yang manis, sekaligus mewujudkan pertembungan yang harmoni.
Menu Lain Tak Kurang Sedap
Selain daripada ayam goreng yang serius rangup ini, Wing Wing juga menawarkan pelbagai pilihan menu lain. Salah satu signature mereka adalah Chicken Katsu Bao, disajikan tengan roti kegemaran Cina – mantou bao bersama kepingan ayam goreng mengikut perisa kesukaan berserta kimchi coleslaw yang memberi rasa masam dan pedas. Gabungan yang unik tapi enak sekali bila dimakan bersama. Bagi yang tak boleh lekang tanpa nasi, Wing Wing juga menyediakan set ayam goreng bersama pilihan nasi yang disajikan menu tambahan kentang goreng, kimchi coleslaw serta macam-macam lagi.
Dekorasi Warna-Warni Mencuri Perhatian
Selain menu yang enak, dekorasi yang diterapkan Wing Wing Pavilion KL adalah pilihan warna-warna terang, neon yang cukup menyenangkan mata melihat. Langsung tidak bosan membuatkan kita yang datang turut terasa ceria belaka. Di samping itu, pembungkusan seperti kotak dan paper bag juga cukup menarik dan cantik sekali dengan permainan warna serta tulisan roman dan Korea, tidak seperti restoran makanan ringan yang lain.
Teringin nak cuba? Datang saja ke Wing Wing Pavilion KL, tingkat enam berhadapan dengan escalator.
Selamat Menjamu Selera.